|
23/10/08 - CHANG VOWS TO REGAIN PEOPLE’S CONFIDENCE

DESPITE winning the Gerakan deputy president post, Datuk Chang Ko Youn is not going to rest on his laurels and has vowed to help the party regain the rakyat’s confidence.
He described his new role in the party as a huge responsibility and said the next few years were crucial for him to prove his capability to party members.

20/10/08 - UMNO GERIK DESAK TAN BERI PENJELASAN
UMNO Bahagian Gerik mendesak Ahli Parlimen Gerik Tan Lian Hoe supaya mengemukan satu penjelasan yang memuaskan tentang kenyataan beliau bahawa orang Melayu adalah pendatang di negara ini.
Desakan ini dibuat oleh beberapa perwakilan bahagian di dalam ucapan usul semasa mesyuarat bahagian di Pengkalan Hulu pada 19 Oct.
20/10/08 - UMNO GERIK MAHU PELAN PERALIHAN KUASA DIHORMATI
UMNO Bahagian Gerik mengajak semua ahli parti supaya menghormati pelan peralihan kuasa yang dijadualkan pada Mac bagi mengelakkan perpecahan di dalam UMNO.
Ketuanya Datuk Seri Mohamad Tajol Rosli Ghazali berkata UMNO akan menghadapi masalah yang lebih besar jika perpecahan berlaku akibat daripada pertelingkahan mengenai peralihan kuasa.
18/10/08 - KONTRAKTOR DITUDUH TERIMA RASUAH SEKS
SEORANG kontraktor berumur 30 tahun dituduh di mahkamah Sesyen Ipoh atas tuduhan menerima rasuah seks sebagai insentif menolong seorang ahli perniagaan mendapatkan projek di Seri Iskandar.
Fairul Azrim Ismail dari Kampung Teluk Bakong, Bota akan dibicarakan secara bersama pada 10 Februari depan bersama dua exco kerajaan negeri dan tiga lelaki lain yang menghadapi 16 tuduhan rasuah pada 25 Ogos.
17/10/2008 - PEMUDA UMNO BUAT LAPORAN BPR TERHADAP SETIAUSAHA POLITIK MB PERAK
Pemuda UMNO Perak telah membuat laporan Badan Pencegah Rasuah (BPR) supaya siasatan penuh dijalankan terhadap Setiausaha Politik Menteri Besar Perak atas dakwaaan salah guna kuasa.
Ketuanya Zainol Fadzi Paharuddin mendakwa Misbahul Munir Masduki telah menyalah gunakan kuasa atas tindakan beliau mencampuri urusan Jabatan Pengairan dan Saliran.
16/10/10 - CHANG: JANGAN POLITIKKAN SAMBUTAN PERAYAAN
KEHADIRAN banting-banting yang di gantung sekitar kawasan Padang Ipoh mengenai pengajuran majlis sambutan perayaan Fiesta Deepavali anjuran kerajaan negeri Perak telah menimbulkan rasa tidak senang dikalangan orang ramai.
Rasa tidak senang yang timbul itu bagaimanapun bukanlah terhadap majlis sambutan perayaan Hari Deepavali tetapi tindakan parti Pakatan Rakyat yang terang-terang mahu mempolitikkan perayaan masyarakat kaum India itu.

14/10/2008 - ANGIN PERUBAHAN
KEPUTUSAN pusingan pertama persidangan perwakilan membabitkan enam bahagian UMNO Perak minggu lepas menyaksikan ‘orang lama' yang masih berhasrat mempertahankan jawatan ketua bahagian ditolak oleh ahli akar umbi.
Ini berikutan kekalahan dua ketua bahagian yang dianggap veteran iaitu ketua UMNO bahagian Taiping Datuk Dr Malek Hanafiah dan ketua UMNO Bahagian Beruas Datuk Hamdi Abu Bakar.

want test
|