HOME PROFILES NEWS ARCHIVES VIDEO ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP

20/10/08 - UMNO GERIK DESAK TAN BERI PENJELASAN

  Image

UMNO   Bahagian Gerik mendesak Ahli Parlimen Gerik Tan Lian Hoe supaya mengemukan satu penjelasan yang memuaskan tentang kenyataan beliau bahawa orang Melayu adalah pendatang di negara ini.

Desakan ini dibuat oleh beberapa perwakilan bahagian di dalam ucapan usul semasa mesyuarat bahagian di Pengkalan Hulu pada 19 Oct.

Image

 

20/10/08 - UMNO GERIK MAHU PELAN PERALIHAN KUASA DIHORMATI

  Image

UMNO   Bahagian Gerik mengajak semua ahli parti supaya menghormati pelan peralihan kuasa yang dijadualkan pada Mac bagi mengelakkan perpecahan di dalam UMNO.

Ketuanya Datuk Seri Mohamad Tajol Rosli Ghazali berkata UMNO akan menghadapi masalah yang lebih besar jika perpecahan berlaku akibat daripada pertelingkahan mengenai peralihan kuasa.

Image

 

18/10/08 - KONTRAKTOR DITUDUH TERIMA RASUAH SEKS

Image  

SEORANG kontraktor berumur 30 tahun dituduh di mahkamah Sesyen Ipoh atas tuduhan  menerima rasuah seks sebagai insentif menolong seorang ahli perniagaan mendapatkan projek di Seri Iskandar.

Fairul Azrim Ismail dari Kampung Teluk Bakong, Bota akan dibicarakan secara bersama pada 10 Februari depan bersama dua exco kerajaan negeri dan tiga lelaki lain yang menghadapi 16 tuduhan rasuah pada 25 Ogos.  

 

read more

17/10/2008 - PEMUDA UMNO BUAT LAPORAN BPR TERHADAP SETIAUSAHA POLITIK MB PERAK

  Image

Pemuda   UMNO Perak telah membuat laporan Badan Pencegah Rasuah (BPR) supaya siasatan penuh dijalankan terhadap Setiausaha Politik Menteri Besar Perak atas dakwaaan salah guna kuasa.

Ketuanya Zainol Fadzi Paharuddin mendakwa Misbahul Munir Masduki telah menyalah gunakan kuasa atas tindakan beliau mencampuri urusan Jabatan Pengairan dan Saliran.

read more

 

16/10/10 - CHANG: JANGAN POLITIKKAN SAMBUTAN PERAYAAN

  Image

KEHADIRAN   banting-banting yang di gantung sekitar kawasan Padang Ipoh mengenai pengajuran majlis sambutan perayaan Fiesta Deepavali anjuran kerajaan negeri Perak telah menimbulkan rasa tidak senang dikalangan orang ramai.

Rasa tidak senang yang timbul itu bagaimanapun bukanlah terhadap majlis sambutan perayaan Hari Deepavali tetapi tindakan parti Pakatan Rakyat yang terang-terang mahu mempolitikkan perayaan masyarakat kaum India itu.

read more

 

14/10/2008 - ANGIN PERUBAHAN

  Image

KEPUTUSAN   pusingan pertama persidangan perwakilan membabitkan enam bahagian UMNO Perak minggu lepas menyaksikan ‘orang lama' yang masih berhasrat mempertahankan jawatan ketua bahagian ditolak oleh ahli akar umbi.

Ini berikutan kekalahan dua ketua bahagian yang dianggap veteran iaitu ketua UMNO bahagian Taiping Datuk Dr Malek Hanafiah dan ketua UMNO Bahagian Beruas Datuk Hamdi Abu Bakar.

read more

 

13/10/2008 - UMNO PERAK CALON ZAHID UNTUK JAWATAN NAIB PRESIDEN

  Image

BADAN  Perhubungan UMNO Negeri Perak sebulat suara menyokong Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon naib pengerusi UMNO.

Keputusan itu dicapai selepas pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Datuk Seri Mohamad Tajol Rosli Ghazali mepengerusikan satu mesyuarat khas bersama kesemua 24 ketua bahagian UMNO Perak pada malam 11 Oct.

read more

Malaysia's Latest
.
 
Datuk Dr Mah witnesses appointment of new Ipoh city councillors .
Cetusan Minda
Bersatu secara ikhlas
Anwar tak wajar bersikap fanatik di AS
Bagi Najib masa.
DAP split over move to sue two former reps.
Pemuda Umno tidak membelakangkan Agenda Melayu.
Fierce storm brewing in Perak DAP?
Menggalas beban ke Putrajaya.
Terlajak cakap, pengundi merajuk, undi hilang, jawatan melayang.
Cakap tak serupa bikin.
Tok Guru oh Tok Guru: Siapa yang kena sepak?
Perihal lawatan ke Amerika Syarikat.
  Image
Image
Image
Image
Image
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com