HOME PROFILES NEWS ARCHIVES VIDEO ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
29/07/2010 - Perak akan tubuh majlis penasihat kerajaan tempatan
 

Kerajaan negeri akan menubuhkan majlis penasihat kerajaan tempatan di setiap pihak berkuasa tempatan di Perak tidak lama lagi.

Pengerusi Jawantankuasa Kerajaan Tempatan Datuk Dr Mah Hang Soon berkata majlis penasihat itu yang dianggotai wakil daripada badan-badan bukan kerajaan (NGOs) dan juga kalangan wartawan bakal menjadi satu lagi lapisan jawantakuasa pentadbiran di peringkat kerajaan tempatan.

Katanya pemilihan ahli majlis penasihat itu akan ditentukan oleh kerajaan negeri setelah mendapat pandangan dan cadangan daripada pelbagai pihak.

"Penubuhan majlis penasihat kerajaan tempatan adalah usaha kerajaan negeri untuk memastikan penglibatan NGO yang lebih aktif dalam pentabiran pihak kerajaan tempatan sesuai dengan keperluan Local Agenda 21.

"Kita mahu wakil-wakil NGO ini memainkan peranan masing-masing menyumbang idea ke arah pembangunan, alam sekitar dan kesihatan yang lebih mampan bagi bandaraya Ipoh dan bandar-bandar yang ada seluruh Perak," katanya.

Dr Mah bagaimanapun berkata jumlah ahli majlis penasihat yang akan dilantik bagi satu-satu majlis tempatan akan dibuat berdasarkan keperluan.

"Bagi bandaraya Ipoh, misalnya jumlah ahli mungkin lebih ramai kerana kawasan pentadbirannya agak besar tetapi bagi bandar-bandar kecil bilangan ahli yang diperlukan mungkin sedikit sahaja," katanya.

Jelas beliau lagi ahli majlis penasihat ini akan bermesyuarat sebelum majlis tempatan itu mengadakan mesyuarat penuhnya setiap bulan.

Sementara itu mengenai perlantikan ahli majlis baru, Dr Mah berkata daripada 24 ahli majlis MBI, empat adalah muka baru.

Katanya kesemua 24 ahli majlis itu yang dilantik itu akan berkhidmat bagi tempoh Julai hingga Disember 2011.


 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Zambry goes for a walkabout at the famous Gerbang Malam and mingles with one and sundry.
Cetusan Minda
Sandiwara terbaru pembangkang
Menangani dakyah pembangkang
When shown facts, Pakatan reps opted to walk out
Bersatu secara ikhlas
Anwar tak wajar bersikap fanatik di AS
Bagi Najib masa.
DAP split over move to sue two former reps.
Pemuda Umno tidak membelakangkan Agenda Melayu.
Fierce storm brewing in Perak DAP?
Menggalas beban ke Putrajaya.
  Image
Image
Image
Image
Image
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com