HOME PROFILES NEWS ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
28/07/2010 - Sekolah Tamil di Perak dapat 800 hektar tanah untuk tanam kelapa sawit
 

Selepas pengumuman mengenai pemberian tanah kepada sekolah persendirian Cina (SUWA) dan Sekolah Agama Rakyat baru-baru ini, kerajaan negeri kini memperuntukkan tanah seluas 800 hektar kepada Sekolah Tamil.

Seperti SUWA dan Sekolah Agama Rakyat, lokasi tanah bagi sekolah Tamil ini juga terletak di Besout, Sungkai.

Penasihat Kepada Menteri Besar, Datuk S. Veerasingam berkata tanah itu juga akan dibangunkan dengan ladang kelapa sawit bagi menjana pendapatan untuk pembangunan sekolah Tamil dan juga bantuan pelajaran kepada pelajar miskin.

Katanya tanah itu akan ditadbir urus oleh Yayasan Perak bersama-sama dengan tanah bagi sekolah Agama Rakyat.

"Walaupun dengan adanya bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, masih ramai lagi keluarga India miskin yang tidak mampu menghantar anak mereka ke sekolah.

"Dengan adanya dana seperti ini, kita mahu pastikan setiap kanak-kanak itu akan dapat mengikuti proses pembelajaran yang ditetapkan," katanya.

Beliau mengulas kenyataan ADUN Hutan Melintang S. Kesavan dari Parti Keadilan Rakyat yang mendakwa sekolah Tamil di Perak diabaikan daripada mendapat sebarang tanah seperti sekolah-sekolah lain.

Jelas Veerasingam lagi, sejumlah RM1 juta telah diperuntukkan kepada sekolah Tamil dengan RM600,000 dibelanjakan bagi memberi bantuan kepada pelajar miskin termasuklah membeli peralatan untuk sekolah yang memerlukan.

 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Zambry hands out immediate assistance to storm victims in Manjung.
Online Links

Image

Datuk Seri Dr Zambry
Abd Kadir

Image
Image
Image
BN Sana Sini
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com