HOME PROFILES NEWS ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
27/07/2010 - Skim insuran khairat kematian bagi golongan kurang bernasib baik
 

Kerajaan negeri akan memperkenalkan skim insuran khairat kematian kepada warga tua miskin dan orang kurang upaya di Perak.

Pengerusi Jawantankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita Datuk Hamidah Osman berkata skim tersebut akan menyediakan bantuan kewangan bagi menampung kos pengkebumian peserta.

Katanya penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan warga tua kurang berkemampan berumur 65 tahun ke atas, orang kurang upaya dan orang asli merupakan antara golongan yang akan dimasukkan ke dalam skim itu secara otomatik.

Bagi mereka yang bukan penerima bantuan kerajaan tetapi layak, permohonan bolehlah dibuat melalui ketua kampung, wakil rakyat dan pejabat daerah, katanya.

Katanya skim insuran itu bakal dilancarkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir 1 Ogos ini.

"Kita menjangkakan 100,000 orang akan menjadi peserta skim itu. Kerajaan akan menampung pembayaran premium kepada syarikat insuran.

"Apabila berlaku kematian, setiap daripada waris mereka akan mendapat RM2,000 bagi mengurus kos pengkebumian mereka," katanya.

Sementara itu, Hamidah berkata seramai 3,993 keluarga miskin yang mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat akan diberi latihan keusahawanan sebagai usaha membasmi kemiskinan.

"Mereka akan diberi pilihan untuk menceburi bidang pertanian, perniagaan, sektor perkhidmatan ataupun mencari perkerjaan. Mereka juga akan diberi modal kecil sebagai permulaan untuk memulakan perniagaan.

"Tujuan kita adalah untuk memastikan sosio ekonomi mereka akan meningkat," katanya.

Hamidah juga berkata peruntukan bagi tujuan bantuan kewangan kepada golongan yang kurang berkemampuan akan dinaikkan daripada RM16 juta daripada RM14 juta tahun lepas.


 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Zambry hands out immediate assistance to storm victims in Manjung.
Online Links

Image

Datuk Seri Dr Zambry
Abd Kadir

Image
Image
Image
BN Sana Sini
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com