HOME PROFILES NEWS ARCHIVES VIDEO ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
26/07/2010 - Zambry persoal tindakan mencerca Mufti
 

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyoal tindakan sesetengah pihak yang sanggup memaki hamun Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria atas usahanya yang mahu melihat orang Melayu dan Islam bersatu.

Katanya apa yang dilakukan Mufti itu adalah satu usaha murni untuk mewujudkan perpaduan dan ia tidak sepatutnya dibalas dengan tindakan mencerca tokoh agama itu.

Katanya segala yang diluahkan oleh Mufti itu sepatutnya menimbulkan keinsafan kepada orang Melayu dan Islam di negara ini dan bukan sebaliknya.

"Salahkah mufti mengajak umat Islam bersatu? Saya yakin rakyat dapat menilai sendiri perangai sebenar berdasarkan sikap keterlaluan sekelompok masyarakat. Adakah mereka ini di kalangan orang yang benar-benar faham Islam atau tidak?

"Apa yang penting, apabila ada anjuran untuk mengadakan perpaduan, ia perlu dilihat dengan penuh keinsafan agar suara perpaduan yang lahir daripada ahli agama tidak dilihat dalam konteks politik,'' katanya.

Beliau mengulas tindakan penyokong fanatik pembangkang menghentam dan memaki-hamun Harussani dengan kata-kata kesat dalam blog serta laman web ekoran usaha Mufti Perak itu mewujudkan perpaduan orang Melayu dan Islam.

Zambry bagaimanapun enggan mengulas lanjut isu tersebut kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.

"Sebenarnya, saya boleh ulas panjang lebar isu ini kerana ada banyak benda yang saya tahu tetapi saya tidak mahu mengeruhkan suasana," katanya.

Harussani kini terus menjadi sasaran kritikan pembangkang berikutan niatnya untuk menyatukan orang Melayu,tidak diterima oleh para pemimpin PAS yang lebih senang bersekongkol dengan DAP.


 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Zambry goes for a walkabout at the famous Gerbang Malam and mingles with one and sundry.
Cetusan Minda
Sandiwara terbaru pembangkang
Menangani dakyah pembangkang
When shown facts, Pakatan reps opted to walk out
Bersatu secara ikhlas
Anwar tak wajar bersikap fanatik di AS
Bagi Najib masa.
DAP split over move to sue two former reps.
Pemuda Umno tidak membelakangkan Agenda Melayu.
Fierce storm brewing in Perak DAP?
Menggalas beban ke Putrajaya.
  Image
Image
Image
Image
Image
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com