HOME PROFILES NEWS ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
22/07/2010 - Kerajaan negeri beri 2,000 hektar tanah kepada sekolah-sekolah agama rakyat di Perak
 

Kerajaan negeri Perak telah mengumumkan pemberian 2,000 hektar tanah kepada sekolah-sekolah agama rakyat untuk dibangunkan sebagai ladang kelapa sawit.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata ini bertujuan meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan institusi pendidikan agama di negeri ini.

Katanya tanah itu akan diusahakan oleh Perbadanan Kemajuan Islam Negeri dan keuntungannya akan dimasukkan dalam satu tabung khas sebelum diagih-agihkan kepada semua sekolah agama rakyat di negeri ini.

"Selain daripada keuntungan yang bakal mereka perolehi daripada ladang kelapa sawit ini, semua sekolah agama rakyat juga akan tetap menerima peruntukan lain sepertimana yang telah kita salurkan setiap tahun selama ini," katanya.

Zambry berkata demikian ketika diminta mengulas pemberian 1,000 hektar tanah kepada sembilan sekolah persendirian Cina (SUWA) yang diumumkan oleh exco negeri Datuk Dr Mah Hang Soon.


 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Zambry hands out immediate assistance to storm victims in Manjung.
Online Links

Image

Datuk Seri Dr Zambry
Abd Kadir

Image
Image
Image
BN Sana Sini
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com