HOME PROFILES NEWS ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
21/07/2010 - Jangan jadikan kemiskinan halangan untuk berjaya dalam pelajaran
 

Kemiskinan tidak sepatutnya menjadi halangan untuk berjaya dalam pelajaran, nasihat Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Justeru beliau meminta rakyat pelbagai kaum termasuklah kaum India supaya tidak meletakkan kemiskinan itu alasan untuk tidak belajar bersungguh-sungguh.

Katanya beliau tidak mahu ada pihak yang bersikap emosional apabila berhadapan dengan isu kemiskinan kerana ianya bukan masalah melibatkan satu kaum sahaja.

Tegas Zambry kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan yang menitikberatkan soal pelajaran generasi muda tanpa mengira kaum.

"Kita pandang serius apabila ia melibatkan pendidikan. Dalam soal ini, kita mahu bela semua golongan termasuk kaum India. Ini kerana hanya pendidikan dapat menangani kemiskinan," katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa supaya memberi perhatian dalam pendidikan anak-anak mereka bagi memastikan kejayaan masa depan.

Katanya, dalam memastikan kejayaan anak-anak, mereka hendaklah dipastikan belajar dengan bersungguh-sungguh dan mendengar cakap ibu bapa dan guru yang mendidik mereka.


 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Zambry hands out immediate assistance to storm victims in Manjung.
Online Links

Image

Datuk Seri Dr Zambry
Abd Kadir

Image
Image
Image
BN Sana Sini
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com