HOME PROFILES NEWS ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
20/07/2010 - Ramai kalangan penyokong PAS positif kerjasama PAS-UMNO
 

Walaupun usaha mewujudkan perpaduan Melayu melalui kerjasama PAS dan UMNO mendapat reaksi kurang menyenangkan daripada pemimpin atasan parti itu, ramai di kalangan penyokong-penyokongnya berpendirian sebaliknya.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata beliau yakin bahawa ramai di kalangan penyokong PAS yang berpandangan positif dan mahu kerjasama PAS dan UMNO dapat direalisasikan demi perpaduan bangsa Melayu.

"Di sebalik komen-komen pemimpin atasan PAS yang tidak menjurus ke arah perpaduan Melayu yang kita cita-citakan, saya tetap yakin (dengan usaha ini) kerana di luar sana ramai penyokong PAS yang merasakan ada kewajaran terhadap usaha itu," katanya.

Zambry berkata beliau tidak akan terkejut jika kenyataannya itu nanti disangkal oleh pemimpin PAS.

"Mereka akan nafikan bahawa penyokong mereka juga mahukan perpaduan. Saya berpandangan apa yang diluahkan pemimpin PAS yang menolak kerjasama PAS dan UMNO adalah semata-mata kerana perkiraan politik khususnya matlamat mereka untuk menuju ke Putrajaya," katanya.

Menurut beliau lagi, PAS mahu memastikan kerjasama parti itu dengan DAP dan PKR dapat diteruskan dengan apa cara sekalipun walaupun pada hakikatnya mereka tidak sehaluan.

"PAS tidak mahu formula mereka iaitu ke Sibu dan seterusnya Putrajaya terhalang. Maka mereka tolak sebarang kerjasama dengan UMNO supaya hubungan ini dapat dikekalkan," katanya.


 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Zambry hands out immediate assistance to storm victims in Manjung.
Online Links

Image

Datuk Seri Dr Zambry
Abd Kadir

Image
Image
Image
BN Sana Sini
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com