HOME PROFILES NEWS ARCHIVES VIDEO ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
18/07/2010 - Selama bakal jadi bandar penting di Utara Perak
 

Selama bakal muncul menjadi bandar penting bagi kawasan Utara Perak apabila projek lebuhraya Jelapang-Selama-Kulim dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-10.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata turut dibangunkan kelak adalah pekan kecil Ijok yang akan melalui proses naiktaraf dengan pelbagai pembangunan dan kemudahan.

Katanya projek pembinaan lebuhraya sepanjang 55km itu yang bernilai RM2.5 billion kini sedang dalam peringkat perancangan terakhir.

Katanya satu lagi lebuhraya sepanjang 11 kilometer menghubungkan Jalan Anak Kurau ke Kamunting, Taiping juga bakal dibina dengan kos RM75 juta.

"Dengan pembinaan dua lebuhraya ini, kerajaan negeri yakin ia mampu menjana pelbagai pembangunan sekaligus memberi manfaat kepada penduduk Selama, Ijok, Batu Kurau, Kamunting dan Taiping. Inilah yang ditunggu-tunggu rakyat sekian lama," katanya.

Terdahulu di suatu majlis berasingan di Alor Pongsu, Zambry telah menyampaikan 20 unit komputer riba dan pakej jalur lebar kepada 20 penduduk kampung berpendapatan rendah.

Komputer riba dan pakej jalur lebar itu adalah sumbangan TM Berhad sebagai salah satu usaha membantu kerajaan mengurangkan jurang IT dikalangan penduduk pendalaman.


 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Zambry goes for a walkabout at the famous Gerbang Malam and mingles with one and sundry.
Cetusan Minda
Sandiwara terbaru pembangkang
Menangani dakyah pembangkang
When shown facts, Pakatan reps opted to walk out
Bersatu secara ikhlas
Anwar tak wajar bersikap fanatik di AS
Bagi Najib masa.
DAP split over move to sue two former reps.
Pemuda Umno tidak membelakangkan Agenda Melayu.
Fierce storm brewing in Perak DAP?
Menggalas beban ke Putrajaya.
  Image
Image
Image
Image
Image
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com