HOME PROFILES NEWS ARCHIVES VIDEO ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
16/07/2010 - Wakil rakyat BN Perak disaran kerja keras seolah-olah esok pilihan raya
 

Kesemua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Perak harus mendekati dan memenangi hati rakyat seolah-olah esok adalah pilihan raya.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata mereka tidak seharusnya menunggu waktu pilihan raya sahaya untuk bergerak kerana sikap sebegini boleh membawa persepsi kurang baik terhadap wakil rakyat BN di kalangan rakyat.

"Bekerja keraslah dari sekarang. Dekat, dengar dan selesaikan masalah rakyat, Jangan buat rakyat marah," katanya semasa berucap merasmikan Program Mesra Pelanggan dan Juara Rakyat di Padang Sungai Kerang, Trong.

Beliau berkata selain wakil rakyat, penghulu, ketua kampung dan pegawai kerajaan juga turut dikehendaki turun ke bawah menyelesaikan masalah seharian rakyat.

Langkah ini, katanya, selaras pendekatan 3P iaitu Padang, Perasaan dan Pengisian yang diamalkan kerajaan negeri.

Zambry juga berkata BN tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya dalam menjaga kebajikan rakyat dan ini dibuktikan dengan komitmen serius kerajaan negeri merancang dan melaksanakan pelbagai pembangunan ekonomi.

Beliau turut mengadakan sesi Klinik Bertemu Rakyat dan meluangkan masa bertemu dan mendengar masalah lebih 50 rakyat di kawasan DUN Trong.


 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
.
Cetusan Minda
Sandiwara terbaru pembangkang
Menangani dakyah pembangkang
When shown facts, Pakatan reps opted to walk out
Bersatu secara ikhlas
Anwar tak wajar bersikap fanatik di AS
Bagi Najib masa.
DAP split over move to sue two former reps.
Pemuda Umno tidak membelakangkan Agenda Melayu.
Fierce storm brewing in Perak DAP?
Menggalas beban ke Putrajaya.
  Image
Image
Image
Image
Image
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com