HOME PROFILES NEWS ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
15/07/2010 - Zambry: Projek pantai Teluk Nipah bela golongan miskin
 

Kerajaan negeri Perak tidak akan berganjak daripada keputusannya untuk meneruskan projek pengindahan pantai Teluk Nipah di Pangkor bernilai RM6.9 juta.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang juga ADUN Pangkor berkata beliau tidak akan tunduk kepada desakan segelintir pengusaha chalet dan pembangkang yang mahukan projek itu diberhentikan.

"Projek itu tetap akan diteruskan kerana ianya adalah perjuangan saya membela golongan miskin.

"Saya berterima kasih kepada (Mohammad) Nizar (Jamaluddin) kerana memilih untuk memperjuangkan nasib sesetengah pihak (pengusaha chalet)," katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan bekas Menteri Besar dan ADUN Pasir Panjang itu yang mahu projek itu diberhentikan kerana didakwa tidak mengikut peraturan dan undang-undang.

Nizar juga menuduh projek itu membawa kerosakan kepada pantai Teluk Nipah dan mendakwa kedatangan pelancongan ke pulau itu turun 70 peratus sejak projek itu bermula.

"Jika mereka mendakwa projek itu melanggari peraturan, maka kita mungkin terpaksa keluarkan arahan supaya beberapa chalet di sekitar kawasan itu turut dirobohkan," kata Zambry.

Ujar beliau lagi isu berkenaan sebenarnya tidak berbangkit kerana ia dijalankan selepas perbincangan diadakan dengan semua yang terlibat.

Katanya, projek untuk membangun dan menyusun semula gerai-gerai usang di pantai Teluk Nipah telah dirancang sejak dahulu lagi kerana kerajaan negeri mahu memastikan kawasan pantai yang cantik itu terus dikunjungi pelancong dalam dan luar negara.

Projek membabitkan pembinaan 40 unit kedai dan mencantikkan landskap itu tertangguh beberapa kali ekoran bantahan penduduk dan peniaga sebelum ia dimulakan semula Januari lalu.


 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Zambry hands out immediate assistance to storm victims in Manjung.
Online Links

Image

Datuk Seri Dr Zambry
Abd Kadir

Image
Image
Image
BN Sana Sini
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com