HOME PROFILES NEWS ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
15/07/2010 - Kerajaan negeri adakan mesyuarat exco di pejabat penghulu
 

Perak mencipta sejarah apabila buat julung kalinya memilih untuk mengadakan mesyuarat exconya di pejabat penghulu di Mukim Sungai Tinggi Padang Gajah, Trong.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata langkah mengadakan mesyuarat di pejabat penghulu merupakan lagi satu pendekatan kerajaan bagi mendokong slogan rakyat didahulukan.

Katanya ia juga merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk turun ke bawah berinteraksi dengan rakyat bagi mengenalpasti dan menyelesaikan masalah.

"Kita bergerak seperti piramid. Dari pejabat Menteri Besar kita turun ke daerah dan kini kita turun satu tahap lagi iaitu ke mukim.

"Mukim Sungai Tinggi Padang Gajah ini terletak agak di pendalaman dan dengan adanya mesyuarat exco di sini saya, barisan exco dan pegawai kerajaan dapat melihat dengan mata kepala kami sendiri masalah penduduk di kawasan ini," katanya.

Zambry berkata beliau akan memastikan mesyuarat exco yang akan datang juga dapat diadakan di mukim-mukim seluruh Perak.

Katanya antara isu utama yang dibincangkan semasa mesyuarat exco adalah usaha membawa pembangunan ke pekan Trong bagi menghidupkan ekonomi kawasan tersebut.

Katanya perancangan pembangunan Trong sedang dirangka oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak bersama-sama Unit Perancang Ekonomi Perak dan Northern Corridor Implementation Agency (NCIA).

"Antara sektor yang dikenalpasti untuk dibangunkan di sini adalah industri berasaskan agro, mineral dan pendidikan," katanya.


 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Zambry hands out immediate assistance to storm victims in Manjung.
Online Links

Image

Datuk Seri Dr Zambry
Abd Kadir

Image
Image
Image
BN Sana Sini
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com