HOME PROFILES NEWS ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
13/07/2010 - Kerajaan Perak pertimbang kaji skim gaji dan imbuhan bulanan penghulu
 

Permohonan penghulu di Perak supaya skim gaji serta imbuhan bulanan mereka dinaikkan sedang diberi perhatian oleh pihak kerajaan negeri.

Sehubungan itu, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata beliau akan membuat satu pengumuman tidak lama lagi berhubung permohonan penghulu tersebut.

"Perkara berhubung kebajikan mereka sememangnya agak terabai selama ini. Mereka mahu ada kewajaran diberikan berdasarkan kedudukan mereka berikutan tuntutan hidup yang semakin mendesak.

"Kita juga sedar, sebagai penghulu mereka bekerja tidak kira siang atau malam untuk menangani masalah rakyat," katanya.

Beliau berkata pendekatan kerajaan negeri yang sentiasa mengekalkan interaksi sihat dengan penghulu-penghulu telah banyak membantu dalam melicinkan perjalanan pentadbiran negeri terumatama dalam memastikan perlaksanaan projek pembangunan dapat berjalan dengan lancar.

"Sebab itu kita sentiasa berpandangan institusi penghulu ini masih relevan sebagai mata dan telinga kerajaan walaupun dengan perkembangan dunia internet masa kini dimana maklumat boleh tersebar dengan begitu pantas," kata Zambry.


 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Zambry hands out immediate assistance to storm victims in Manjung.
Online Links

Image

Datuk Seri Dr Zambry
Abd Kadir

Image
Image
Image
BN Sana Sini
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com