HOME PROFILES NEWS ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
12/07/2010 - Parti komponen Barisan Nasional Perak punya pelan agresif daftar pengundi
 

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mendedahkan bahawa Barisan Nasional (BN) dan UMNO Perak mempunyai strategi sendiri untuk mendaftarkan pengundi baru di negeri ini.

Beliau berkata BN dan UMNO Perak mengadakan aktiviti mereka termasuk meletakkan kaunter untuk melakukan proses pendaftaran di kalangan pengundi seluruh negeri.


"Kita ada aktiviti dan cara sendiri untuk melakukan perkara itu dan perkara berkenaan digerakkan secara menyeluruh di negeri ini.


"Cuma saya mengingatkan supaya semua parti komponen BN tidak berada dalam zon selesa dan perlu bertindak agresif bermula sekarang untuk menarik lebih ramai pengundi serta meraih sokongan rakyat," katanya.


Beliau berkata demikian ketika mengulas kecenderungan pembangkang terutama PAS dan DAP mengambil tindakan lebih agresif dalam usaha menarik pendaftaran pengundi dengan menggunakan pelbagai cara termasuk mengunjungi lokasi sasaran awam seperti di pasar malam untuk meraih pengundi.


Berikutan itu, BN dan UMNO dianggap keterbelakang dalam usaha meraih perhatian pengundi terutama pengundi baru berbanding parti pembangkang.


Zambry yang juga Pengerusi BN negeri berkata, BN di Perak masih terus relevan dan mempunyai ramai penyokong yang sentiasa berada di belakang parti itu.


"Kita masih ramai penyokong, tetapi tidak ramai di antara mereka yang mendaftar sebagai pengundi. Justeru, kumpulan itu harus diberi perhatian dan ia adalah tugas parti untuk mengambil mereka," katanya.

 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Zambry hands out immediate assistance to storm victims in Manjung.
Online Links

Image

Datuk Seri Dr Zambry
Abd Kadir

Image
Image
Image
BN Sana Sini
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com