HOME PROFILES NEWS ARCHIVES VIDEO ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
11/07/2010 - Zambry: Prestasi ADUN BN Perak sentiasa dipantau
 

Semua Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN) Perak diingatkan supaya memastikan prestasi mereka mencapai tahap Petunjuk Prestasi Utama yang telah ditetapkan.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata tahap KPI ADUN BN diukur dari segi kemampuan mereka menyelesaikan masalah-masalah rakyat dan kekerapan meninjau kawasan atau turun padang.

"Saya sentiasa memantau perkembangan setiap ADUN BN. Pendekatan kita adalah tidak mahu meletakkan mereka di dalam zon selesa, walaupun ada mengatakan BN sudah selesa sekarang berdasarkan sokongan rakyat yang meningkat dan kembali kepada kita," katanya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Lumut mahu soal perpaduan terus diberi keutamaan dalam parti.

Katanya perpaduan adalah pra-syarat bagi memastikan BN dan UMNO terus dapat mencapai kejayaan dalam pilihanraya umum akan datang.

"Selain perpaduan, satu perkara lain yang perlu diberi perhatian adalah melakukan proses transformasi iaitu mengetengahkan muka baru dan lama yang menjadi pilihan rakyat sebagai calon pilihan raya," katanya.

Zambry turut melahirkan rasa puas hati terhadap kerjasama dan perpaduan yang wujud di peringkat parti komponen di Perak.

Beliau bagaimanapun berkata UMNO dan BN harus memperkukuhkan perpaduan termasuk bergerak bersama-sama supaya ia terus menjadi parti pilihan rakyat.

Beliau turut mengingatkan bahawa sekarang adalah masa terbaik bagi BN untuk melakukan serangan balas terhadap parti pembangkang yang selama ini menabur fitnah dan mengamalkan politik putar-belit.

 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
.
Cetusan Minda
Sandiwara terbaru pembangkang
Menangani dakyah pembangkang
When shown facts, Pakatan reps opted to walk out
Bersatu secara ikhlas
Anwar tak wajar bersikap fanatik di AS
Bagi Najib masa.
DAP split over move to sue two former reps.
Pemuda Umno tidak membelakangkan Agenda Melayu.
Fierce storm brewing in Perak DAP?
Menggalas beban ke Putrajaya.
  Image
Image
Image
Image
Image
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com