HOME PROFILES NEWS ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
10/07/2010 - Zambry bidas pihak yang mempolitikkan isu Teluk Nipah
 

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyelar pihak yang bertindak mempolitikkan isu pengindahan pantai Teluk Nipah.

Katanya projek pengindahan pantai Teluk Nipah itu telah dieksploitasi oleh pemimpin parti pembangkang yang turut mempengaruhi beberapa pengusaha chalet.

Sambil menyifatkan tindakan mereka keterlaluan, beliau berkata pengusaha chalet bersikap bongkak kerana perbuatan membantah projek itu menunjukkan mereka hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan masa depan peniaga kecil yang telah lama berniaga di kawasan itu.

Katanya projek untuk membangun dan menyusun semula gerai-gerai usang di pantai peranginan Teluk Nipah, Pulau Pangkor telah dirancang sejak dahulu lagi.

Ianya dilaksanakan bagi memberi kemudahan kepada peniaga kecil yang merupakan golongan berpendapatan rendah untuk menjalankan perniagaan dengan suasana yang lebih selesa.

Projek itu juga bertujuan menaiktaraf gerai yang sebelum ini berupa pondok-pondok kayu dengan keadaan daif dan kotor kepada yang lebih moden supaya memberi imej yang lebih baik kepada pelancong.

"Apakah mereka tidak berhak berniaga. Mestikah kita halau mereka. Apakah pengusaha chalet yang sudah kaya itu sahaja boleh mengaut keuntungan daripada industri pelancongan Pangkor?" soal Zambry.

Beliau diminta mengulas aduan seorang pengusaha chalet yang mendakwa mewakili pengusaha-pengusaha lain di Teluk Nipah yang tidak bersetuju dengan tindakan Majlis Perbandaran Manjung membina 35 gerai makan dan cenderahati di kawasan pantai itu.

Zambry turut mempersoal asas dakwaan mereka bahawa pembinaan gerai itu boleh merosakkan pantai Teluk Nipah.

Beliau turut menjelaskan bahawa peruntukan RM6.9 juta yang digunakan untuk membiayai projek membina gerai itu disalurkan oleh Kementerian Pelancongan bagi tujuan mempromosi Pangkor sebagai destinasi pelancongan.


 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Zambry hands out immediate assistance to storm victims in Manjung.
Online Links

Image

Datuk Seri Dr Zambry
Abd Kadir

Image
Image
Image
BN Sana Sini
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com