HOME PROFILES NEWS ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
07/07/2010 - Perdana Menteri dedah bukti Felda bukan bankrap
 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan mendedahkan simpanan, pelaburan dan aset Felda bagi membuktikan bahawa institusi itu bukan sahaja berjaya tetapi mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.

Beliau berkata dimana asasnya tuduhan Felda bankrap apabila nilai kecairan Felda sahaja ada sebanyak RM1.3 bilion dalam bentuk simpanan tetap.

Ini tidak termasuk keuntungan yang diperolehi oleh anak-anak syarikat Felda, katanya.

Sambil menyifatkan pihak yang menuduh Felda bankrap sebenarnya mereka yang bankrap idea, moral dan prinsip perjuangan, katanya Felda selama ini telah membuat pelaburan bijak bagi memastikan kepentingan jangka panjang peneroka terbela dan terjamin.

"Kita labur RM844 juta dalam pasaran saham. Hari ini saham dah naik lima kali ganda jadi RM4 bilion. Bolehkah kita bankrap?

"Kita bukan joli katak, bukan songlap duit. Kita juga melabur di Canada and Amerika Syarikat. Ianya untuk kita masuki pasaran global supaya dapat membantu meningkatkan lagi harga sawit," katanya.

Ujar Najib lagi, saham-saham yang dibeli Felda adalah daripada syarikat besar seperti MISC dan Maybank yang tersenarai di Bursa Malaysia dan jika dijual sekarang boleh memperoleh RM4.6 bilion.

Menurutnya, ladang-ladang yang dimiliki FELDA jika dijual dengan nilai konservatif adalah berharga kira-kira RM10 bilion.

"Bankrap atau tidak Felda bukan ditentukan oleh Suara Keadilan," katanya sambil disambut dengan teriakan peneroka yang melaung supaya Felda meneruskan saman RM200 juta terhadap akhbar Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menyiarkan laporan mendakwa Felda bankrap sebelum ini.

Katanya Felda akan meneruskan tindakan mahkamah menyaman Suara Keadilan dan beberapa pemimpin pembangkang berhubung tuduhan berkenaan.

Beliau berkata mereka yang menuduh FELDA bankrap sebenarnya yang bankrap idealisme dan moral.


 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Zambry hands out immediate assistance to storm victims in Manjung.
Online Links

Image

Datuk Seri Dr Zambry
Abd Kadir

Image
Image
Image
BN Sana Sini
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com