HOME PROFILES NEWS ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
06/07/2010 - Dewan Undangan Negeri Perak bersidang 3 Ogos depan
 

Speaker Datuk R. Ganesan telah mengesahkan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan bersidang 3 Ogos ini.

Katanya pejabatnya telahpun menghantar notis kepada 59 ADUN untuk memaklumkan mengenai sidang DUN itu yang dijangka bermula 10 pagi pada hari tersebut.

Katanya sidang DUN kali ini dijangka berlansung diantara 1 hingga 4 hari bergantung kepada keadaan.

"Saya nasihatkan ADUN-ADUN supaya menghantar soalan-soalan mereka kepada pejabat Majlis sebelum 16 Julai.

"Ini bagi membolehkan pihak saya membuat persediaan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan," katanya.

Ganesan berkata ahli Dewan boleh memilih sama ada menghantar soalan melalui tangan, faks, emel atau pos.

Tambah beliau lagi sidang DUN kali ini akan berlaku sedikit perubahan dari segi kedudukan kerusi ADUN pihak kerajaan bagi memberi ruang kepada ADUN Malim Nawar Keshvinder Singh yang telahpun mengisytihar dirinya keluar DAP dan menjadi ADUN Bebas.

"Pihak pengurusan Dewan akan membuat sedikit perubahan terhadap kedudukan kerusi ADUN bagi menyediakan tempat kepada Keshvinder," katanya.


 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Zambry hands out immediate assistance to storm victims in Manjung.
Online Links

Image

Datuk Seri Dr Zambry
Abd Kadir

Image
Image
Image
BN Sana Sini
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com