HOME PROFILES NEWS ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
06/07/2010 - Ahli UMNO diingat untuk sentiasa berwaspada
 

Ahli-ahli UMNO di Perak sekali lagi diingatkan supaya berwaspada dengan taktik intipan yang digunakan oleh pihak pembangkang untuk meruntuhkan benteng perpaduan parti itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, langkah berhati-hati itu perlu kerana keinginan pembangkang melihat UMNO bepecah semakin kuat.

"Mereka tahu UMNO di Perak semakin kuat. Sebab itulah saya ingatkan ahli-ahli UMNO supaya sentiasa berwaspada dengan gerakan seperti ini," katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai pendedahan strategi intipan ala-CIA dengan menyelinap dalam UMNO bagi memperolehi maklumat dalaman parti.

Maklumat itu, kemudiannya digunakan untuk memecah belahkan ahli UMNO.

Ditanya sama ada pengintip ini sudah dikenalpasti, Zambry berkata beliau tidak mahu menuduh sesiapa sebaliknya menegaskan langkah berhati-hati perlu untuk mengelakkan ahli parti itu daripada berpecah belah.

"Saya tidak mengenal pasti sesiapa. Cuma saya tahu ada penyusupan pernah berlaku. Mereka ini mempamerkan sifat talam dua muka, membuat kenyataan-kenyataan provokasi dan bermain dengan sentimen kebencian," katanya.


 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Zambry hands out immediate assistance to storm victims in Manjung.
Online Links

Image

Datuk Seri Dr Zambry
Abd Kadir

Image
Image
Image
BN Sana Sini
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com