HOME PROFILES NEWS ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
03/02/2010 - Pemuda Umno Perak: Siapa yang mereka-reka cerita sebenarnya?
 

Pemuda Umno Perak melahirkan rasa kecewa dengan tohmahan Pemuda Pas negeri yang menuduh kami mereka-reka cerita mengenai kekecohan di dalam sidang DUN.

Mereka harus ingat bahawa kami mempunyai bukti kukuh yang menunjukkan siapa sebenarnya yang berbohong.

Dengan rakaman video yang dibuat, kami boleh buktikan siapa yang memanjat meja dan menjerit-jerit bak orang tidak siuman.

Siapa pula yang seperti kanak-kanak bermain baling-baling dalam dewan yang mulia walaupun sudah "diangkat" sebagai pemimpin kononnya.

Lebih baik berhenti sahaja menjadi pemimpin kalau tidak tahu nak membawa diri sendiri.

Rakaman video di dalam dewan sudah cukup untuk menceritakan segala-galanya.

Maka, Pemuda Pas Perak harus berhenti menafikan apa yang pihak pembangkang telah lakukan kerana rakyat sudah melihat kejadian sebenarnya.

Siapa pembangkang sebenarnya, siapa Pas sebenarnya dan siapa yang menjadi Gurkha kepada DAP di sini?

Menyentuh ajakan untuk diadakan perdebatan, janganlah membuang masa Pemuda Umno.

Ini kerana tidak ada apa yang perlu dibincangkan lagi.

Cukup dengan menonton klip video sidang DUN, hanya orang yang buta hati sahaja yang tidak boleh menilai.


 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Zambry hands out immediate assistance to storm victims in Manjung.
Online Links

Image

Datuk Seri Dr Zambry
Abd Kadir

Image
Image
Image
BN Sana Sini
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com