Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan lidah pengarang Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan sebagai tidak pernah serik dan enggan memperbaiki kesilapan.
Katanya akhbar yang sama tanpa segan silu menfitnah beliau dengan melabelkannya pengganas sewaktu di Amerika Syarikat tahun lalu.
"Dia (Suara Keadilan) sebenarnya tidak pernah belajar. Ia melakukan pembohonangan demi pembohongan dan fitnah demi fitnah.
"Saya juga pernah dilaporkan ditahan di Amerika Syarikat dengan disyaki pengganas, namun mereka tarik balik (laporan) selepas saya menfailkan saman di mahkamah..saya ingatkan mereka belajar daripada kesilapan mereka.
"Nampaknya mereka tidak pernah belajar daripada kesilapan dan mereka tidak rasa bersalah atau rasa berdosa,"katanya.
Beliau berkata, sebahagian besar mereka yang berada di dalam sidang redaksi berkenaan tahu erti dosa dan pahala serta undang-undang.
Namun, katanya bagi kumpulan ini mereka tidak merasakan satu kesalahan untuk melakukan apa-apa bentuk pembohongan sekalipun dalam surat khabar mereka.
"Cuba bayangkan dulu mereka boleh wujudkan satu cerita ataupun drama yang ditulis dengan begitu meyakinkan rakyat seolah-olah itulah wajah saya sebagai pengganas dan kemudian membuat ‘kerosakan', dan kita ambil tindakan barulah mereka mahu meminta maaf.
"Sekarang mereka lakukan kepada Felda dan saya yakin sebelum bermacam-macam fitnah dibuat kepada yang lain-lain," katanya.
Ujar beliau lagi kebanyakan orang ramai tidak membaca Suara Keadilan dan hanya mengetahui mengenai pembohongan dan fitnah mereka apabila dimaklumkan oleh orang lain
Zambry juga menyelar spekulasi yang mendakwa beliau merancang untuk berada di luar negara (Wenzhou, China) ketika Ahli Dewan Undangan Negeri Malim Nawar, Keshvinder Singh keluar parti.
"Sama juga.. saya ada dalam negeri atau tidak, kerja-kerja spekulator ini macam spekulator wang.. Ia akan membuat segala macam spekulasi.
"Jadi bagi saya ia tidak timbul sama ada saya berada di dalam atau di luar negeri. Sama sahaja puak-puak ini, bukan anda tidak tahu," jelas beliau.
Katanya, beliau tidak pernah merancang apa-apa (isu keluar parti) dan ia kebetulan berlaku semasa lawatannya ke negera berkenaan.
"Pakar spekulator ini, mereka boleh bercakap apa sahaja, sama ada berada dalam negeri atau luar negeri atau di dasar laut dan sebagainya dia akan menggunakan segala macam dakwaan..biasalah semua tahu,".