HOME PROFILES NEWS ARCHIVES VIDEO ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
Pemuda Umno tidak membelakangkan Agenda Melayu
 

SAYA merasakan tindakan YB Ibrahim Ali selaku Presiden Perkasa yang mendesak YB Khairy Jamaluddin untuk meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen Rembau kerana dikata membelakangkan agenda Melayu sebagai tidak wajar dan tidak munasabah sama sekali.

Tidak timbul soal "menjual bangsa sendiri", sedangkan YB Khairy selaku Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia adalah antara Ahli Parlimen pertama yang membantah cadangan pengecilan penawaran biasiswa JPA untuk pelajar-pelajar Malaysia yang cemerlang melanjutkan pengajian mereka ke luar negara.

Ini adalah kerana pengecilan penawaran biasiswa ke luar negara tajaan JPA akan memberikan impak besar terhadap peluang pelajar pelajar Melayu dan Bumiputera terutamanya mereka yang benar benar cemerlang bagi mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negera.

Sehubungan itu kenyataan balas YB Khairy Jamaluddin Ahli Parlimen Rembau terhadap YB Datuk Ibrahim Ali yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas semalam adalah, dengan niat bagi memperjelaskan keadaan sebenar berkaitan kenyataan oleh YB Wee Ka Siong dalam kontek yang lebih tepat sekali gus bagi menjernihkan suasana agar ia tidak menjadi salah tanggapan dan polemik yang berpanjangan.

Selaku Ketua Pemuda Umno Malaysia, beliau tentu sekali mendokong asas perjuangan parti yang tidak pernah menolak, tidak pernah berkompromi dan jauh sekali membelakangkan kepentingan agenda Melayu dan Bumiputera.

Pemuda Umno Malaysia sentiasa konsisten dalam perjuangannya menegakkan agenda Melayu dan Bumiputera di bawah bumbung semangat 1 Malaysia sebagaimana yang disarankan oleh YAB Perdana Menteri.

Ini termasuklah membicarakan isu-isu "berkait" di dalam semangat yang lebih rasional dan berpandangan jauh.

Ini TIDAK sama sekali bermakna, Pemuda Umno mahu mengenepikan agenda Melayu dan kepentingan Bumiputera.

Dalam hal-hal yang jelas berkait dengan hak orang Melayu dan Bumiputera; kita tidak akan berkompromi malah rakan Kompenan Pemuda BN cukup jelas dan faham dalam hal ini.

Sementara kita menghormati pandangan, maklum balas dan sentimen mana-mana pihak, haruslah ada usaha mencari penyelesaian yang lebih tuntas dan berkesan berkenaan perkara-perkara yang membawa ketidakpuasan hati sebahagian kelompok masyarakat.

Pemuda Umno bersedia dan sentiasa mempertahan agenda Melayu dan Bumiputera; namun dalam masa yang sama enggan menggunakannya sebagai alasan untuk bersikap "tidak adil" sehingga tidak melihat keperluan masyarakat Malaysia secara keseluruhannya untuk menerima nikmat pendidikan yang lebih sempurna. - Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican


 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Zambry goes for a walkabout at the famous Gerbang Malam and mingles with one and sundry.
Cetusan Minda
Sandiwara terbaru pembangkang
Menangani dakyah pembangkang
When shown facts, Pakatan reps opted to walk out
Bersatu secara ikhlas
Anwar tak wajar bersikap fanatik di AS
Bagi Najib masa.
DAP split over move to sue two former reps.
Pemuda Umno tidak membelakangkan Agenda Melayu.
Fierce storm brewing in Perak DAP?
Menggalas beban ke Putrajaya.
  Image
Image
Image
Image
Image
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com