HOME PROFILES NEWS ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
17/03/2010 - Tuntutan RM37 juta selesai jika semua pihak main peranan
 

Isu tuntutan bayaran RM37 pampasan bagi pengambilan tanah rizab KTMB di Kuala Sepetang, Taiping, boleh diselesaikan jika semua pihak memainkan peranan masing-masing.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata kerajaan negeri akan mengambil langkah berbincang dengan pihak yang terlibat bagi memastikan penyelesaian menang-menang dapat dicapai.

"Kita tidak akan bayar sesen pun", katanya.

Katanya kerajaan negeri tidak akan beranjak dari pendirian tersebut kerana pengambilan tanah rizab KTMB seluas 94.4hektar adalah untuk tujuan perumahan rakyat.

Beliau juga kesal dengan kenyataaan penafian Presiden KTMB Dr Aminuddin Adnan yang menyatakan bahawa KTMB tidak terlibat langsung dalam menentukan harga tanah rizab tersebut.

"Mereka sepatutnya periksa rekod mereka supaya kita tahu siapa yang salah. Pada kerajaan negeri tuntutan RM37 juta itu sememangnya ada dan saya boleh buktikan melalui surat yang dihantar kepada kami," katanya

Semalam, Dr Aminudin menafikan sebarang penglibatan syarikat berkenaan dalam menentukan harga tanah seluas 94.4 hektar di tanah rizabnya di Kuala Sepetang, Perak.

Zambry turut mempersoal motif penafian dengan kenyataan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat yang mengatakan tuntutan RM37 juta sebagai pampasan itu adalah menusabah kerana ianya mengikut harga pasaran.

"Bukan tugas  Peguam Negara untuk tentukan harga tanah. Lagipun kita sudah berbincang dengan Kementerian Pengangkutan perkara ini sebelum membuat keputusan mengambil tanah rizab itu," katanya.

 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Zambry hands out immediate assistance to storm victims in Manjung.
Online Links

Image

Datuk Seri Dr Zambry
Abd Kadir

Image
Image
Image
BN Sana Sini
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com