HOME PROFILES NEWS ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
16/03/2010 - Kerajaan Perak mahu cepatkan pembesaran LTSAS
 

Projek memanjangkan landasan dan kemudahan di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) bernilai RM60 juta di Ipoh perlu disegerakan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Menurut beliau, tindakan segera itu perlu bagi membolehkan lapangan terbang berkenaan menjadi hab penerbangan serantau, sekali gus memajukan industri pelancongan di negeri ini.

"Saya telah berjumpa dengan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat dan telah memaklumkan supaya pembinaan projek itu disegerakan,'' katanya.

Projek itu melibatkan kerja-kerja memanjangkan landasan LTSAS dari 1,800 meter kepada 2,000 meter dan menaik taraf kemudahan di Kompleks Kastam serta pengangkutan awam di sekitar kawasan itu.

Kata Zambry lagi, pemanjangan landasan lapangan terbang tersebut akan membolehkan industri penerbangan terus berkembang di negeri ini.

Setakat ini, jelas beliau, dua syarikat iaitu Silver Fly Sdn. Bhd, dan Firefly Sdn. Bhd, sedang beroperasi di LTSAS.

Beliau memberitahu, Silver Fly mengadakan perkhidmatan penerbangan dari sini ke Kota Baharu dan Medan manakala Firefly dari Ipoh ke Singapura.

"Syarikat ini akan mengadakan penerbangan domestik ke beberapa destinasi baru iaitu di Johor Bahru, Kuantan, Terengganu dan Langkawi tidak lama lagi manakala penerbangan antarabangsa ke Singapura, Phuket, Bandung dan Hatyai,'' jelasnya.

 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Zambry hands out immediate assistance to storm victims in Manjung.
Online Links

Image

Datuk Seri Dr Zambry
Abd Kadir

Image
Image
Image
BN Sana Sini
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com