HOME PROFILES NEWS ARCHIVES VIDEO ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
15/03/2010 - Kerajaan Perak sifatkan pampasan RM37 juta melampau
 

Kerajaan negeri menyifatkan pampasan pengambilalihan tanah berjumlah RM37 juta yang diminta Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Kuala Sepetang, Taiping sebagai  keterlaluan.


Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pampasan bagi tanah rizab seluas 94.5 hektar itu adalah tidak masuk akal dan amat mendukacitakan kerana kerajaan negeri mahu membantu setinggan di kawasan itu dan bukan untuk tujuan pembangunan.

"Mereka tidak memikirkan kerajaan negeri yang bertungkus lumus untuk membantu rakyat, mereka tidak fikir kerajaan negeri tak mampu untuk membayar kadar tersebut.

"Mereka kena tahu apabila kerajaan memberikan tanah kepada mereka sebelum ini kerajaan tidak kenakan harga ikut pasaran, tetapi apabila kerajaan mahu mengambil tanah itu mereka nak harga ikut pasaran pula,'' katanya.

Zambry diminta mengulas kenyataan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai berkata, kos pindah milik tanah KTMB di Kuala Sepetang, Taiping, kepada kerajaan negeri bernilai RM37 juta diputuskan oleh Pejabat Peguam Negara.

Katanya, keputusan tersebut dibuat mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan berkaitan tanah untuk kegunaan kereta api.

Tambah beliau, kerajaan negeri juga tidak pernah menimbulkan nilai pasaran tanah jika kerajaan persetujuan mahu mengambil tanah untuk tujuan-tujuan pembinaan sekolah, balai polis, kaunter polis dan jabatan-jabatan serta agensi kerajaan pembangunan bagi kepentingan agensi-agensi kerajaan.

"Selama ini saya menggunakan pendekatan berdiplomasi dan perkara yang keterlaluan ini tidak sepatutnya berlaku,'' katanya.


Sehubungan itu, Dr Zambry meminta Tee Keat supaya memahami masalah setinggan di sini dan beliau kena bertanggungjawab untuk menyelesaikannya

 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Datuk Dr Mah witnesses appointment of new Ipoh city councillors .
Cetusan Minda
Bersatu secara ikhlas
Anwar tak wajar bersikap fanatik di AS
Bagi Najib masa.
DAP split over move to sue two former reps.
Pemuda Umno tidak membelakangkan Agenda Melayu.
Fierce storm brewing in Perak DAP?
Menggalas beban ke Putrajaya.
Terlajak cakap, pengundi merajuk, undi hilang, jawatan melayang.
Cakap tak serupa bikin.
Tok Guru oh Tok Guru: Siapa yang kena sepak?
Perihal lawatan ke Amerika Syarikat.
  Image
Image
Image
Image
Image
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com