HOME PROFILES NEWS ARCHIVES VIDEO ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
15/03/2010 - Perak sedia jalin kerjasama ekonomi bantu umat Islam Kemboja
 

Kerajaan negeri Perak sedia membantu umat Islam di Kemboja dengan menjalin kerjasama membangunkan bidang ekonomi dan pendidikan untuk faedah bersama.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, Perak merasakan kerjasama ini perlu terus dimantapkan demi  faedah dan masa umat Islam di kedua-dua negara.

"Insyallah dari segi perhubungan ini kita akan bincangkan agar kedua-dua pihak mendapat faedah bersama,'' katanya semasa berucap di majlis makan tengah hari bersama 20 anggota rombongan Majlis Tertinggi Hal Ehwal Agama Islam Kemboja di kediaman rasmi beliau.

Rombongan yang terdiri daripada imam-imam masjid dari beberapa daerah di Kamboja diketuai oleh Timbalan Menteri Agama dan Kebudayaan Kemboja, Dr Soh Mohsin dan Naib Pengerusi Majlis Tertinggi Hal Ehwal Agama Kemboja, Zakaria Adam.

Zambry berkata, kunjungan anggota rombongan Majlis Tertinggi Hal Ehwal Agama Islam Kemboja ini juga dilihat dapat mengeratkan lagi  silatulrahim dan kerjasama  mantap dengan pihak Jabatan Agama Islam Perak terutama dalam meningkatkan syiar Islam.      

Terdahulu, Naib Pengerusi Majlis Tertinggi Hal Ehwal Agama Kemboja, Zakaria Adam dalam ucapannya berkata, Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen kini sedang mengambil langkah mengadakan perhubungan rapat dengan Malaysia dalam membangunkan pelbagai bidang termasuk ekonomi dan pendidikan.

Katanya, bagi merealisasikan matlamat itu Hun Sen telah membenarkan delegasi kira-kira 200 anggota  daripada Majlis Tertinggi Hal Ehwal Agama Kemboja mengadakan lawatan dalam menjalin perhubungan dan kerjasama erat dengan  Malaysia.

Katanya,  apa yang dapat dibanggakan oleh masyarakat Islam di Kemboja ialah kini terdapat  dua orang senator, lima anggota Parlimen yang terdiri daripada timbalan menteri, lima timbalan menteri dua dan sembilan  timbalan menteri yang mewakili masyarakat Islam di negara itu.

Menurut Zakaria, senario ini jelas membuktikan pimpinan Perdana Menteri Hun Sen  mahu terus mengadakan kerjasama rapat dengan Malaysia.

Delegasi yang membuat lawatan ke seluruh negara akan ke Selangor selepas melawat Perak, Perlis dan Kedah sejak tiba minggu lepas.

 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Datuk Dr Mah witnesses appointment of new Ipoh city councillors .
Cetusan Minda
Bersatu secara ikhlas
Anwar tak wajar bersikap fanatik di AS
Bagi Najib masa.
DAP split over move to sue two former reps.
Pemuda Umno tidak membelakangkan Agenda Melayu.
Fierce storm brewing in Perak DAP?
Menggalas beban ke Putrajaya.
Terlajak cakap, pengundi merajuk, undi hilang, jawatan melayang.
Cakap tak serupa bikin.
Tok Guru oh Tok Guru: Siapa yang kena sepak?
Perihal lawatan ke Amerika Syarikat.
  Image
Image
Image
Image
Image
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com