HOME PROFILES NEWS ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
15/03/2010 - Yayasan Bina Upaya jalin kerjasama bantu ibu tunggal di Perak
 

Yayasan Bina Upaya (YBU) akan melaksanakan satu inisiatif bersama Persatuan Ibu Tunggal Perak bagi membantu golongan itu keluar dari kepompong kemiskinan.

Pengurus Khidmat Pengurusan YBU, Isfarina Mohd Bali berkata yayasan kini sedang mengumpul data dan maklumat mengenai ibu tunggal di Perak.

Katanya golongan ibu tunggal adalah antara golongan sasaran yang akan dibantu oleh kerajaan negeri dalam membasmi kemiskinan.

Katanya, adalah menjadi visi yayasan itu untuk memberi peluang kepada rakyat tanpa mengira bangsa dan agama menikmati pembangunan negeri dengan meningkatkan daya upaya mereka.

"Selain ibu tunggal, kita juga berusaha meningkatkan daya upaya golongan sasar lain seperti orang kurang upaya, Orang Asli dan usahawan kecil yang menghadapi masalah perniagaan.

"Melalui program yang julung kali diadakan ini, kita mahu mengumpul data dan maklumat terkini jumlah golongan ibu tunggal di Perak dan masalah yang dihadapi mereka.

"Hasil perjumpaan ini, kita akan menganjurkan pula Simposium Bina Upaya pada April depan yang turut disertai badan serta agensi kerajaan yang dapat membantu dan menyelesaikan masalah berkaitan ibu tunggal," katanya.

 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Zambry hands out immediate assistance to storm victims in Manjung.
Online Links

Image

Datuk Seri Dr Zambry
Abd Kadir

Image
Image
Image
BN Sana Sini
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com