HOME PROFILES NEWS ARCHIVES VIDEO ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
13/03/2010 - Mohsin Fadzli tidak akan letak jawatan sebagai ahli Parlimen Bagan Serai
 

Anggota Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri, menegaskan bahawa beliau tidak akan mengosongkan kerusi Parlimen berkenaan walaupun ada pihak dalam pakatan pembangkang mendesaknya berbuat demikian.

Katanya beliau tidak terfikir untuk mengosongkan kerusinya dan sebaliknya akan meneruskan khidmatnya sebagai wakil rakyat bebas sehingga pilihan raya umum yang akan datang.

Pada 3 Mac lalu, Mohsin Fadzli mengisytiharkan dirinya keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi Ahli Parlimen Bebas kerana "politiking" melampau dalam PKR yang gagal dikawal oleh penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pilihan raya umum pun tidak lama lagi, saya akan tunggu dan menghabiskan penggal perkhidmatan saya.

"Lagi pun apa perlunya saya meletak jawatan kerana saya masih lagi Anggota Parlimen mereka...tidak ada salahnya kerana saya masih berkhidmat untuk mereka (pengundi Bagan Serai)," katanya.

Mohsin Fadzli berkata beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik lain walaupun menyedari Barisan Nasional (BN) akan sentiasa mengalu-alukan jika beliau berhasrat menyertai parti komponen BN.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohsin Fadzli, yang pertama kali bertanding, mengalahkan bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin daripada UMNO dengan majoriti 3,413 undi.

Mohsin Fadzli juga menafikan bahawa beliau cuba menpengaruhi ahli-ahli PKR yang lain untuk meletak jawatan atau meninggalkan parti.

"Walaupun saya dikecam hebat dan dipinggirkan, namum saya tidak akan cuba mempengaruhi sesiapa untuk mengikut jejak langkah saya. Bagi saya terpulang kepada masing-masing," katanya.

 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Datuk Dr Mah witnesses appointment of new Ipoh city councillors .
Cetusan Minda
Bersatu secara ikhlas
Anwar tak wajar bersikap fanatik di AS
Bagi Najib masa.
DAP split over move to sue two former reps.
Pemuda Umno tidak membelakangkan Agenda Melayu.
Fierce storm brewing in Perak DAP?
Menggalas beban ke Putrajaya.
Terlajak cakap, pengundi merajuk, undi hilang, jawatan melayang.
Cakap tak serupa bikin.
Tok Guru oh Tok Guru: Siapa yang kena sepak?
Perihal lawatan ke Amerika Syarikat.
  Image
Image
Image
Image
Image
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com