HOME PROFILES NEWS ARCHIVES VIDEO ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
12/03/2010 - Bekalan air dan eletrik 60 dewan orang ramai dipotong gara-gara Pakatan
 

Gara-gara "kecekapan" pentadbiran Pakatan pembangkang, bekalan air dan eletrik di 60 dewan orang ramai di negeri ini menghadapi pemotongan bekalan akibat gagal menjelaskan bil.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air negeri Datuk Ramly Zahari, ketika mendedahkan perkara ini berkata kerajaan negeri menyedari akan hal ini setelah mendapat aduan daripada ketua-ketua kampung membabitkan 60 dewan orang ramai tersebut.

Katanya, hasil pemeriksaan yang dijalankan bil-bil air dan elektrik bagi kesemua dewan terbabit tidak dijelaskan sepanjang tempoh 11 bulan Pakatan pembangkang memerintah Perak.

"Saya akan mengadakan perjumpaan dengan pihak pengurusan Lembaga Air Perak dan Tenaga Nasional Berhad bagi mencari jalan bagaiman menyelesaikan masalah pemotongan bekalan ini.

"Kita bertanggungjawab untuk menjelaskan segala tunggakan bil tersebut sebab kita memikirkan kepentingan rakyat dan bukan siapa yang menyebabkan perkara ini berlaku,'' katanya.

Katanya beliau juga telah meminta 890 ketua kampung seluruh Perak bagi mengenalpasti jumlah sebenar dewan orang ramai yang terlibat dengan tindakan pemotongan bekalan air dan elektrik

"Bagaimanapun setakat ini tidak ada surau di negeri ini yang dikenalpasti terbabit dalam tindakan pemotongan bekalan air dan api itu,'' katanya.


 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Datuk Dr Mah witnesses appointment of new Ipoh city councillors .
Cetusan Minda
Bersatu secara ikhlas
Anwar tak wajar bersikap fanatik di AS
Bagi Najib masa.
DAP split over move to sue two former reps.
Pemuda Umno tidak membelakangkan Agenda Melayu.
Fierce storm brewing in Perak DAP?
Menggalas beban ke Putrajaya.
Terlajak cakap, pengundi merajuk, undi hilang, jawatan melayang.
Cakap tak serupa bikin.
Tok Guru oh Tok Guru: Siapa yang kena sepak?
Perihal lawatan ke Amerika Syarikat.
  Image
Image
Image
Image
Image
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com