HOME PROFILES NEWS ARCHIVES VIDEO ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
10/03/2010 - Tiada kompromi berkenaan isu pembalakan haram
 

Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dengan pembalakan haram, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Katanya beliau telah mengarahakan pengarah Jabatan Perhutanan Negeri supaya membuat pemantauan yang lebih berkesan supaya aktiviti sebegitu dapat dibanteras sama sekali.

Katanya antara langkah yang sedang dikaji kerajaan negeri adalah penggunaan kaedah satelit bagi memantau kegiatan pembalakan haram terutama di kawasan-kawasan pendalaman hutan.

Beliau berkata penguatkuasaan hanya boleh dilaksanakan jika renjer-renjer yang bertugas untuk memantau kawasan hutan dibekalkan dengan peralatan lengkap lagi moden.

Mengulas mengenai laporan pembalakan haram di Hutan Masok, berdekatan Gopeng baru-baru ini, Zambry berkata beliau masih menunggu laporan lengkap daripada Jabatan Hutan.

"Kita tidak mahu menunding jari kepada sesiapa tanpa fakta yang tepat. Saya diberitahu pihak berkenaan mempunyai lesen untuk mengeluarkan balak tetapi didakwa menceroboh ke kawasan lain.

"Laporan lain pula mengatakan lesen syarikat berkenaan untuk membalak telah tamat. Jadi biar saya dapat maklumat yang betul terlebih dahulu sebelum memutuskan tindakan seterusnya," katanya.

Ditanya mengenai laporan yang memetik Kementerian Sumber Asli yang menyenaraikan Perak bersama-sama Johor dan Pahang antara negeri yang mempunyai kes pembalakan haram yang serius, Zambry berkata: "Kita mengalu-alukan kerjasama kerajaan pusat untuk membanteras aktiviti pembalakan haram ini kerana kementerian ada kepakaran yang lebih baik.

"Pendirian kerajaan negeri adalah masalah pembalakan haram ini harus ditangani kerana ia melibatkan kemusnahan alam sekitar terutama kawasan tadahan air," katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri mahu mewujudkan satu tindakan pencegahan yang lebih komprehensif dalam isu pembalakan haram ini kerana tidak mahu bertindak hanya pada waktu apabila ada kes seumpama itu timbul.

 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Datuk Dr Mah witnesses appointment of new Ipoh city councillors .
Cetusan Minda
Bersatu secara ikhlas
Anwar tak wajar bersikap fanatik di AS
Bagi Najib masa.
DAP split over move to sue two former reps.
Pemuda Umno tidak membelakangkan Agenda Melayu.
Fierce storm brewing in Perak DAP?
Menggalas beban ke Putrajaya.
Terlajak cakap, pengundi merajuk, undi hilang, jawatan melayang.
Cakap tak serupa bikin.
Tok Guru oh Tok Guru: Siapa yang kena sepak?
Perihal lawatan ke Amerika Syarikat.
  Image
Image
Image
Image
Image
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com