HOME PROFILES NEWS ARCHIVES VIDEO ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
20/10/08 - UMNO GERIK DESAK TAN BERI PENJELASAN
 

Image

UMNO
Bahagian Gerik mendesak Ahli Parlimen Gerik Tan Lian Hoe supaya mengemukan satu penjelasan yang memuaskan tentang kenyataan beliau bahawa orang Melayu adalah pendatang di negara ini.

Desakan ini dibuat oleh beberapa perwakilan bahagian di dalam ucapan usul semasa  mesyuarat bahagian di Pengkalan Hulu pada 19 Oct.

Seorang perwakilan daripada cawangan Bersia yang membuat desakan itu berkata beliau adalah antara orang yang berkempen untuk Tan semasa pilihan raya dan amat menyesali tindakan Tan mengeluarkan kenyataan yang telah melukai perasaan orang Melayu.

“Jika ikutkan hati, saya mahu buat usul tergempar supaya Ahli Parlimen Gerik itu mengosongkan kerusi dan kita adakan satu pilihan raya kecil.

“Kita telah bertolak ansur selama lebih 50 tahun dan sampai bila kita harus berbuat berbuat demikian jika ada orang terus menekan kita,” katanya semasa ucapan membahaskan usul.

Pada 10 Oct, Tan yang juga timbalan Menteri Penerangan didakwa telah mempersoalkan asal-usul orang Melayu di negara ini di dalam ucapan pembukaan beliau semasa persidangan mesyuarat Pemuda dan Wanita Gerakan di Kuala Lumpur.

Seorang perwakilan dari cawangan Selarong pula menyatakan ramai ahli UMNO di Gerik tidak senang dengan kenyataan Tan itu dan ini terbukti apabila ramai yang menyuarakan pekara sama di mesyuarat peringkat Pemuda dan Wanita bahagian.

“Kita semua buat silap. Tetapi persoalannya adalah samada Ahli Parlimen (Tan) itu telah mengeluarkan kenyataan itu atas sebab sengaja, tidak sengaja, dipaksa atau dipaksa.

“Jika tidak sengaja, kita mahukan belia memohon maaf secara terbuka, jika sengaja kita mahu tindakan dikenakan keatasnya.

“Tetapi jika kenyataan itu dikeluarkan atas sebab terpaksa atau dipaksa, kita beliau membuat satu penjelasan yang terperinci dan memuaskan hati semua pihak,” katanya.

Ketua UMNO Bahagian Gerik Datuk Seri Mohamad Tajol Rosli Ghazali ketika diminta mengulas berkata Tan sepatutnya tampil kehadapan memberi penjelasan segera supaya isu ini dapat ditanggani.

Katanya Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga telah meminta Tan supaya memberi penjelasan mengenai isu tersebut.

“Kita akan tunggu beliau (Tan) memberi penjelasan kepada Perdana Menteri dan selepas itu kita akan lihat apa reaksi Perdana Menteri.

“Sehingga hari ini kita masih lagi menunggu bila beliau akan membuat penjelasan kepada Perdana Menteri,” katanya.

Tajol Rosli berkata beliau merasakan tidak perlu bagi membuat satu usul tergempar mendesak Tan supaya mengosongkan kerusi Parlimen Gerik kerana implikasinya amat besar.

Katanya berbagai masalah lain akan timbul jika ini berlaku kerana Tan adalah salah seorang pemimpin di dalam parti kompenan Barisan Nasional.

 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
.
Cetusan Minda
Sandiwara terbaru pembangkang
Menangani dakyah pembangkang
When shown facts, Pakatan reps opted to walk out
Bersatu secara ikhlas
Anwar tak wajar bersikap fanatik di AS
Bagi Najib masa.
DAP split over move to sue two former reps.
Pemuda Umno tidak membelakangkan Agenda Melayu.
Fierce storm brewing in Perak DAP?
Menggalas beban ke Putrajaya.
  Image
Image
Image
Image
Image
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com