HOME PROFILES NEWS ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
09/03/2010 - Pakatan diminta korbankan agenda politik demi kepentingan rakyat
 

Pihak pembangkang di Perak mesti bersedia "mengorbankan" agenda politik mereka untuk kepentingan rakyat, kata Exco Kanan Kerajaan Negeri Datuk Hamidah Osman.

Katanya adalah tidak adil membiarkan rakyat menderita hanya disebabkan karenah agenda politik remeh-temeh Pakatan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan bekas Speaker V. Sivakumar mengeluarkan notis berasingan memanggil sidang Dewan Undangan Negeri pada 30 Mac ini walaupun Speaker Datuk R. Ganesan sudahpun mengeluarkan notis tersebut.   Pakatan pembangkang sebelum ini ada menyatakan bahawa mereka tidak akan menuruti notis memanggil sidang DUN 30 Mac ini yang dikeluarkan oleh Ganesan kerana tidak mengiktiraf beliau sebagai Speaker.

Hamidah menyifatkan tindakan pembangkang sebagai "tidak berminat untuk memelihara keamanan di Perak."

"Mereka hanya mahu mewujudkan kekacauan dan ketidakstabilan...mereka sepatutnya lupakan agenda yang sia-sia ini dan mengotakan janji untuk bekerjasama dengan kerajaan Barisan Nasional," katanya.   Beliau juga berkata memandangkan Pakatan sudah menerima Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar, maka mereka perlu juga menerima Ganesan sebagai Speaker yang sah.

Hamidah menegaskan bahawa Ganesan berhak duduk kerusi Speaker kerana mempunyai majoriti 31 undi berbanding Pakatan yang hanya ada 28 undi.

"Malah dengan kelebihan hanya 1 undi, kemenangan adalah di pihak yang mempunyai majoriti..inilah yang dikatakan proses demokrasi," katanya.

 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Zambry hands out immediate assistance to storm victims in Manjung.
Online Links

Image

Datuk Seri Dr Zambry
Abd Kadir

Image
Image
Image
BN Sana Sini
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com