HOME PROFILES NEWS ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
08/03/2010 - Dr Mah serah nasib kepada perwakilan
 

Timbalan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon menyerahkan kepada para perwakilan sama ada mahu mencalonkan beliau ke jawatan lebih tinggi atau tidak pada pemilihan semula parti itu.

Menurutnya, buat masa ini, beliau tidak memikirkan langsung mengenai perkara itu kerana ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas-tugas sebagai wakil rakyat.

"Paling penting bagi saya adalah untuk meneruskan kerja-kerja yang banyak di Perak.

"Mengenai isu pemilihan semula MCA, itu terpulang pada delegasi untuk menentukan," katanya.

Terdahulu, beliau menerima kedatangan krew televisyen China Guangxi untuk membuat dokumentari mengenai cara hidup serta makanan popular penduduk bandar raya Ipoh termasuk restoran terkenal Fusan dim sum.

Dr Mah menyatakan demikian ketika ditanya sama ada beliau ingin bertanding jawatan yang lebih tinggi pada pemilihan semula MCA pada 28 Mac ini.

Ditanya mengenai kemelut yang sedang melanda MCA sekarang, beliau berkata, pemilihan baru parti merupakan peluang untuk menyelesaikan masalah tersebut.

"Jadi, selepas pemilihan baru parti, semua pihak yang mempunyai masalah dapat menyelesaikan kecelaruan yang wujud di kalangan mereka. Ini juga merupakan harapan semua delegasi MCA," katanya.

 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Zambry hands out immediate assistance to storm victims in Manjung.
Online Links

Image

Datuk Seri Dr Zambry
Abd Kadir

Image
Image
Image
BN Sana Sini
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com