HOME PROFILES NEWS ARCHIVES VIDEO ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
07/03/2010 - Program Juara Rakyat bukan pembaziran wang rakyat
 

Tidak ada pihak yang berhak mempersoal Barisan Nasional dan UMNO mengenai penganjuran program Juara Rakyat, kata ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan.

Katanya program Juara Rakyat dilaksanakan bagi faedah kepada rakyat. 

"Tidak timbul persoalan kita membazir wang rakyat. Penganjuran program ini menggunakan peruntukan UMNO. Oleh itu tidak ada sesiapa berhak mempersoalkan perkara ini. Apa yang kita lakukan adalah untuk kebaikan rakyat," katanya.

Beliau menambah jalan ramah mesra seperti yang diadakan di Slim River adalah antara perkara aktiviti penting yang perlu ada setiap kali penganjuran program Juara Rakyat.

"Amalan ramah mesra ini terbukti memberi impak positif kepada rakyat," katanya.

 Ahmad juga menolak tuduhan bahawa Juara Rakyat adalah satu kempen pilihan raya.

Menurutnya ini bukan masanya untuk BN melaksanakan kempen pilihan raya.

"Kita masih ada tiga tahun atau dua tahun jika kita ambil tempoh paling dekat sebelum pilihan raya akan datang. Tempoh ini satu masa yang agak panjang untuk kita adakan kempen sekarang. Program seperti ini adalah komitmen kita untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat," katanya.

Sementara itu Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir melahirkan rasa puas hati dengan sambutan rakyat terhadap program Juara Rakyat peringkat negeri.

Program tersebut yang bermula 5 Mac menyaksikan ribuan orang dari pelbagai lapisan masyarakat di Perak berpusu-pusu ke YDP Lake Garden, Slim River untuk memeriahkan karnival dengan bermacam-macam aktiviti.  

Ianya telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin pada Sabtu dengan lebih 5,000 orang hadir.

"Secara keseluruhannya kita dapati lebih 10,000 orang hadir ke program Juara Rakyat ini termasuklah Forum Perdana yang berakhir 12 malam tadi. Program sebegini memberi peluang rakyat untuk beramah mesra dengan pemimpin secara dekat.

"Semasa lawatan, Timbalan Perdana Menteri mengenepikan protokol untuk bersama rakyat dan penduduk kampung yang beliau kunjungi seolah-olah senang dengan pendekatan ini yang membolehkan mereka berinteraksi dengan pemimpin dengan mudah sekali.

"Penduduk juga mengambil peluang ini untuk duduk dan minum bersama pemimpin di kedai kopi. Malah kita juga tidak janggal untuk makan bersama rakyat tanpa ada meja atau menu khas disediakan untuk kita," kata Zambry.

 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Datuk Dr Mah witnesses appointment of new Ipoh city councillors .
Cetusan Minda
Bersatu secara ikhlas
Anwar tak wajar bersikap fanatik di AS
Bagi Najib masa.
DAP split over move to sue two former reps.
Pemuda Umno tidak membelakangkan Agenda Melayu.
Fierce storm brewing in Perak DAP?
Menggalas beban ke Putrajaya.
Terlajak cakap, pengundi merajuk, undi hilang, jawatan melayang.
Cakap tak serupa bikin.
Tok Guru oh Tok Guru: Siapa yang kena sepak?
Perihal lawatan ke Amerika Syarikat.
  Image
Image
Image
Image
Image
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com