HOME PROFILES NEWS ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
06/03/2010 - Muhyiddin nafi akan berlaku pilihan raya di Perak
 

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak spekulasi kononnya ada pilihan raya negeri di Perak yang akan diadakan bersama-sama pilihan raya Sabah dan Sarawak.
 
Beliau berkata terdapat tiga tahun lagi untuk kerajaan Perak melaksanakan mandat mentadbir negeri sebelum tempoh negara adakan pilihan raya umum.
 
"Apa yang penting kedudukan kerajaan Barisan Nasional di Perak telah pun disahkan. "Tempoh tiga tahun yang ada ini adalah untuk kita bekerja dan berkhidmat untuk rakyat," katanya.
 
Beliau menambah rakyat Perak dahagakan sebuah kerajaan yang stabil dan perkhidmatan sokongan yang baik.   "Selama 11 bulan memerintah, kerajaan Pakatan gagal untuk memberi yang terbaik kepada rakyat dan sekarang rakyat mahu kerajaan yang ada melaksanakan tanggungjawab," katanya.
 
Mengenai dakwaan yang mengatakan Barisan Nasional berperanan membawa kepada perletakan jawatan dan keputusan keluar parti oleh beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat, Muhyiddin berkata: "Sudah menjadi norma untuk mereka menyalahkan BN apabila berhadapan dengan masalah dalaman."

Beliau berkata kesemua wakil rakyat pembangkang yang keluar parti sendiri telah menyatakan bahawa keputusan adalah kerana kecewa dengan parti mereka.

"Kita tidak mengajar bagaimana mereka harus bercakap. Mereka membuat keputusan keluar parti kerana terlalu kecewa," katanya.
 
Sambil berkata semua yang berlaku adalah strategi pembangkang, Muhyiddin berkata mereka akan sentiasa menyalahkan BN dan UMNO apabila ada masalah.

"Mereka tidak pernah mengaku kesalahan sendiri sebaliknya membuat berbagai tuduhan," katanya, sambil menambah masalah yang membelenggu pembangkang sendiri adalah hasil tindakan mereka sendiri.

 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Zambry hands out immediate assistance to storm victims in Manjung.
Online Links

Image

Datuk Seri Dr Zambry
Abd Kadir

Image
Image
Image
BN Sana Sini
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com