HOME PROFILES NEWS ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
05/03/2010 - Kerajaan beri potongan 50 peratus untuk RPT Station 18
 

Seramai 248 keluarga yang mendapat lot tanah rumah di Rancangan Perkampungan Tersusun Sri Connolly mendapat durian runtuh apabila mereka diberikan potongan 50 peratus bagi kos pembangunan yang perlu dibayar.
 
Keluarga terbabit sebelum ini dikehendaki membayar RM8,100 sebagai kos pembangunan bagi kawasan perumahan itu.
 
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, ketika mengumumkan berita gembira ini berkata potongan 50 peratus itu diberikan selepas persetujuan dicapai dengan pihak pemaju berhubung jumlah kos pembayaran yang ditetapkan sebelum ini.
 
"Penyelesaian berhubung isu kos pembangunan ini boleh dicapai dengan menggunakan pendekatan perbincangan dengan penduduk perkampungan itu secara berterusan," katanya.  
Katanya kos pembangunan tetap perlu dibayar kepada Perbadanan Pembangunan Negeri Perak (PKNP) sebagai pemaju, kerana ia bukan keuntungan tetapi kos itu adalah melibatkan pembinaan infrastruktur yang perlu disediakan seperti jalan raya dan longkang.
 
Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) sebelum ini telah menampung kos pembangunan bagi perkampungan berkenaan iaitu sebanyak  RM9.4 juta.
 
Zambry berkata dengan memberi potongan itu, kerajaan negeri akan menanggung kos itu dan akan membayar kepada PKNP.
 
Rancangan perkampungan itu bermula pada 1974 apabila 416 anggota Umno memohon diperuntukan tapak perumahan di Jalan Pasir Puteh dan Pengkalan Pegoh namun begitu tapak perumahan di kawasan berkenaan digantikan dengan pemberian tapak di Bemban atas beberapa faktor.
 
Pada November 1999 majlis mesyuarat kerajaan negeri ketika itu meluluskan kawasan seluas 48.5 hektar di wilayah Bemban bagi tujuan penggantian tapak perumahan di Jalan Pasir Puteh serta antara syarat kelulusan adalah PKNP dilantik sebagai pemaju dan peserta dipilih perlu menjelaskan kos pembangunan kepada PKNP.

Pelbagai masalah dan isu yang timbul sepanjang pelaksanaan pembanguan RPT itu termasuk isu perpindahan lokasi dan pengesahan penerima yang layak atas lot perumahan berkenaan.

 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Zambry hands out immediate assistance to storm victims in Manjung.
Online Links

Image

Datuk Seri Dr Zambry
Abd Kadir

Image
Image
Image
BN Sana Sini
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com