HOME PROFILES NEWS ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
05/03/2010 - Kolej Sains Kesihatan Bersekutu siap hujung tahun
 

Pihak pemaju projek Kolej Sains Kesihatan Bersekutu di Tanjung Rambutan, Ipoh yang bernilai RM366 juta memberi jaminan kepada kerajaan negeri untuk menyiapkan bangunan tersebut sebelum akhir tahun ini.
 
Kolej tersebut yang bakal muncul sebagai kolej termoden negara dan mempunyai seni bina unik kini berada 8 peratus kebelakangan dari tempoh siap.
 
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata kerajaan negeri akan melaksanakan pendekatan pemantauan projek bagi memastikan projek siap mengikut jadual ditetapkan.
 
"Projek ini sudah terlewat sebanyak lapan peratus kerana menghadapi beberapa masalah teknikal dan pemaju telah memberi keyakinan bahawa mereka akan menyiapkan projek ini dua bulan lepas awal. Saya juga berharap dengan pembinaan projek ini ia dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat," katanya  
 
Sebelum itu, beliau mendengar taklimat Pengerusi Kobena Datuk Ibrahim Mat Din mengenai proses pembinaan kolej berkenaan yang telah lewat selama dua bulan.
 
Menurut Ibrahim kelewatan disebabkan masalah teknikal dan pekerja bagaimanapun beliau melahirkan komitmen untuk menyerahkan projek itu dua bulan lebih awal dari tarikh yang ditetapkan.
 
Sementara itu, Zambry berkata kolej tersebut apabila siap kelak akan membantu Perak mencapai matlamat berterusan menjadi negeri berasaskan pengetahuan (K-State).
 
Beliau berkata kolej berkenaan bakal menyokong pelan komprehensif untuk menjadikan Perak sebagai negeri yang memberi keutamaan dalam melahirkan modal insan yang sebaik-baiknya.
 
"Bangunan yang begitu unik dan mengagumkan serta mengikut nilai binaan Kolej Sains Kesihatan yang juga dianggap kolej termoden di negara ini turut akan menjadi mercu tanda pembangunan negeri Perak," katanya.

 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Zambry hands out immediate assistance to storm victims in Manjung.
Online Links

Image

Datuk Seri Dr Zambry
Abd Kadir

Image
Image
Image
BN Sana Sini
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com