HOME PROFILES NEWS ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
04/03/2010 - Perbadanan Kemajuan Pertanian Perak sedia pelbagaikan pelaburan
 

Perbadanan Kemajuan Pertanian (SADC) yang selama ini bergantung kepada penanaman kelapa sawit bagi menjana hasil, kini mahu mengambil langkah mempelbagaikan aktiviti pelaburan dengan menceburi bidang perniagaan selain daripada pertanian.

"Keuntungan syarikat meningkat sebanyak 18 peratus manakala asetnya meningkat 10 peratus. Ia mempunyai rekod prestasi yang baik.

"Namum, kita merasakan syarikat perlu pelbagaikan pelaburan dengan menceburi bidang ekonomi lain yang boleh bawa keuntungan. Ini adalah untuk memastikan syarikat terus teguh di masa akan datang," kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir selepas menpengerusikan mesyuarat ahli lembaga pengarah di Ipoh.

Katanya bidang bio-teknologi yang melibatkan herba adalah antara pelaburan yang dikenalpasti manakala bidang lain yang mempunyai potensi untuk diceburi adalah penternakan kambing Boer dan ikan dalam sangkar.

Penanaman getah, kata beliau juga mempunyai masa depan yang cerah berikutan harga getah yang semakin meningkat.

Katanya kesemua bidang yang dikenalpasti itu bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan berikutan tanah pertanian yang masih banyak di Perak ini.

"Kita juga tidak tolak kemungkinan melabur di negeri-negeri lain termasuk negara jiran," Zambry berkata.

Beliau juga mengumumkan bahawa Perbadanan Kemajuan Pertanian adalah antara syarikat milik kerajaan yang akan melalui proses penyusunan semula bagi memantapkan pentadbirannya.

"Perbadanan telah melantik satu syarikat perunding untuk mengkaji proses penyusunan semula bagi memastikan ianya terus berdaya saing. Apa pun, tujuan utama penyusunan semula ini adalah untuk memastikan keuntungan syarikat dapat dioptimakan dalam apa jua bidang ekonomi yang diceburi kelak," kata beliau.


 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Zambry hands out immediate assistance to storm victims in Manjung.
Online Links

Image

Datuk Seri Dr Zambry
Abd Kadir

Image
Image
Image
BN Sana Sini
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com