HOME PROFILES NEWS ARCHIVES VIDEO ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
03/03/2010 - Rombakan agensi dan syarikat kerajaan untuk mantapkan pentadbiran kerajaan negeri
 

Kerajaan Perak sedang melaksanakan rombakan membabitkan kesemua agensi dan syarikat-syarikat milik kerajaan sebagai usaha untuk mengukuh dan mengemaskini pentadbiran kerajaan negeri.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, ketika mengumumkan perkara in berkata langkah itu adalah sebahagian usaha kerajaan memastikan agensi dan syarikat milik kerajaan dapat berfungsi dengan lebih efisyen.

"Kita sudah mengenalpasti mereka yang berkebolehan dalam bidang-bidang tertentu dan akan melantik mereka memegang jawatan penting dalam agensi dan syarikat kerajaan.

"Faktor yang paling penting di sini adalah mereka mesti mampu memberi khidmat terbaik kepada rakyat," katanya. Zambry berkata tumpuan rombakan yang dibuat adalah kepada agensi-agensi penting termasuk usaha melaksanakan audit dalaman dan luaran bagi mengkaji keberhasilan agensi terbabit.

"Ini bukanlah bermakna kita mahu mengenepikan pegawai kerajaan tetapi lebih kepada memantapkan pentadbiran kerajaan negeri," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas jumlah agensi dan syarikat milik kerajaan yang terbabit dalam siri rombakan tersebut.

"Kita lihat setiap satu itu secara berasingan and rombakan akan dilakukan jika ada keperluan," katanya.

Terdahulu, beliau mengumumkan perlantikan Prof Madya Dr Ahmad Kamil Mahmood sebagai pegawai eksekutif KPerak Inc yang baru.

Bekas Ketua Jabatan Komputer dan Sains Universiti Teknologi Petronas itu mengambil alih daripada Datuk Yaakob Nordin berkuatkuasa 1 Mac.

 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Datuk Dr Mah witnesses appointment of new Ipoh city councillors .
Cetusan Minda
Bersatu secara ikhlas
Anwar tak wajar bersikap fanatik di AS
Bagi Najib masa.
DAP split over move to sue two former reps.
Pemuda Umno tidak membelakangkan Agenda Melayu.
Fierce storm brewing in Perak DAP?
Menggalas beban ke Putrajaya.
Terlajak cakap, pengundi merajuk, undi hilang, jawatan melayang.
Cakap tak serupa bikin.
Tok Guru oh Tok Guru: Siapa yang kena sepak?
Perihal lawatan ke Amerika Syarikat.
  Image
Image
Image
Image
Image
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com