HOME PROFILES NEWS ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
20/10/08 - UMNO GERIK MAHU PELAN PERALIHAN KUASA DIHORMATI
 

Image

UMNO
Bahagian Gerik mengajak semua ahli parti supaya menghormati pelan peralihan kuasa yang dijadualkan pada Mac bagi mengelakkan perpecahan di dalam UMNO.

Ketuanya Datuk Seri Mohamad Tajol Rosli Ghazali berkata UMNO akan menghadapi masalah yang lebih besar jika perpecahan berlaku akibat daripada pertelingkahan mengenai peralihan kuasa.

Beliau berharap tidak aka nada lagi desakan-desakan dibuat supaya pelan peralihan kuasa yang sepatutnya berlaku pada bulan Mac dipercepatkan.

“Pelan peralihan kuasa ini telahpun dipersetujui oleh kedua-dua pemimpin tertinggi diantara Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) dan timbalannya (Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sepatutnya kita mesti pastikan pelan ini berjalan dengan lancer,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat perwakilan bahagian di Pengkalan Hulu pada 19 Oct.

Terdahulu semasa merasmikan mesyuarat bahagian, Tajol Rosli di dalam ucapanya beliau mengingatkan ahli UMNO akan pendapat golongan muda Melayu bahawa bukan mereka yang menjauhkan diri daripada UMNO, tetapi UMNO yang menjauhkan diri daripada mendekati golongan muda.

Katanya semua pihak haruslah memandang serius akan persepsi golongan muda terhadap UMNO kerana trend seperti ini akan menyebabkan kepupusan UMNO jika dibiarkan berterusan.

Beliau member amaran bahawa ketidakseimbangan kemasukkan ahli-ahli baru terutamanya dikalangan golongan muda adalah antara detik-detik awal kearah kepupusan UMNO.

Trend yang membimbangkan ini, katanya, akan meninggalkan dua impak negatif iaitu kekurang ahli akan menlemahkan UMNO dan peningkatan jumlah orang yang akan menentang UMNO.

Image

Beliau menyeru semua ahli UMNO bekerjasama mengembalikan teras perjuangan asas parti.

Katanya beliau telah banyak kali membunyikan loceng amaran tentang kemungkinan UMNO mengalami musibah sekiranya amalan bersatu, bersetia dan berkhidmat yang juga adalah congankata parti terus diabaikan.

Semasa mesyuarat, perwakilan bahagian juga telah mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai Presiden manakala timbalan presiden adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagi jawatan naib presiden, bahagian telah mencalonkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Datuk Shafi Afdal.

 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Zambry hands out immediate assistance to storm victims in Manjung.
Online Links

Image

Datuk Seri Dr Zambry
Abd Kadir

Image
Image
Image
BN Sana Sini
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com