HOME PROFILES NEWS ARCHIVES VIDEO ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
02/03/2010 - Sidang DUN Perak Penggal Ketiga diadakan 30 Mac ini
 

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk R. Ganesan, telah mengumumkan bahawa Sidang DUN Perak akan diadakan pada pada 30 Mac ini.
 
Beliau berkata, Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Sidang DUN Perak Ke-12 pada akhir bulan ini dijangka menyaksikan persidangan DUN yang sebenar dan hangat dengan perbahasan dan sesi soal jawab, bukan lagi pergelutan di kalangan Adun seperti pada masa lalu.
 
Katanya, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, sudah memperkenan persidangan itu dan baginda atau Raja Dr Nazrin Shah akan hadir untuk menyampaikan titah perasmian pembukaan.
 
"Kita bagaimanapun belum menetapkan sebarang agenda atau bilangan hari persidangan kerana ia bergantung kepada proses maklumbalas kerajaan negeri serta semua Adun," katanya.
 
Persidangan pada 30 Mac ini juga adalah yang pertama diadakan selepas Mahkamah Persekutuan mengesahkan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah. 
 
Ganesan juga berkata, semua 59 Adun telah diberi notis memaklumkan persidangan itu yang ditandatangani oleh Setiausaha DUN, Rumaizi Baharin @ Mohd Md Daud.
 
Beliau berkata, semua Adun diminta mengemukakan soalan bertulis maksimum lima soalan seorang sebelum 15 Mac ini.

 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Datuk Dr Mah witnesses appointment of new Ipoh city councillors .
Cetusan Minda
Bersatu secara ikhlas
Anwar tak wajar bersikap fanatik di AS
Bagi Najib masa.
DAP split over move to sue two former reps.
Pemuda Umno tidak membelakangkan Agenda Melayu.
Fierce storm brewing in Perak DAP?
Menggalas beban ke Putrajaya.
Terlajak cakap, pengundi merajuk, undi hilang, jawatan melayang.
Cakap tak serupa bikin.
Tok Guru oh Tok Guru: Siapa yang kena sepak?
Perihal lawatan ke Amerika Syarikat.
  Image
Image
Image
Image
Image
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com