HOME PROFILES NEWS ARCHIVES VIDEO ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
01/03/2009 - Festival Masi Magam akan dijadikan acara tahunan di Perak
 

Festival Masi Magam yang diraikan penganut Hindu akan dijadikan sebagai satu acara tahunan dalam kalendar pelancongan di Perak.
 
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata ini berikutan sambutan yang amat menggalakkan daripada kaum India ke Pulau Pangkor setiap kali ketibaan festival berkenaan.
 
"Sepanjang tiga hari festival ini berlangsung, dianggarkan hampir 30,000 hingga 40,000 orang datang ke pulau ini untuk meraikan festival ini termasuk pelancong dalam dan luar negara bagi menyaksikan sendiri keistimewaan festival ini.
 
"Keunikan festival yang disambut masyarakat India beragama Hindu pada setiap tahun sebulan selepas sambutan Thaipusam ini, boleh dijadikan salah satu tarikan pelancongan terbaru di Perak," katanya.
 
Festival Masi Magam yang disambut pada bulan ke-11 setiap tahun dalam kalendar Hindu adalah salah satu perayaan di kalangan penganut Hindu untuk bernazar dan membuang dosa dengan membawa ‘karagam' yang dicucuk menggunakan besi ke badan pembawa sebelum berarak di atas jalan raya menuju ke kuil.
 
Zambry juga berkata, Kuil Sri Patharakaliamman di Pulau Pangkor adalah antara kuil terkenal yang menjadi tumpuan penganut Hindu dari seluruh negara untuk meraikan perayaan berkenaan dengan kehadiran beribu-ribu penganut Hindu ke pulau itu saban tahun.
 
Beliau berkata, kerajaan negeri akan berbincang dengan pengusaha feri untuk mendapatkan kadar tambang istimewa pada sambutan perayaan berkenaan pada masa akan datang.

 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Datuk Dr Mah witnesses appointment of new Ipoh city councillors .
Cetusan Minda
Bersatu secara ikhlas
Anwar tak wajar bersikap fanatik di AS
Bagi Najib masa.
DAP split over move to sue two former reps.
Pemuda Umno tidak membelakangkan Agenda Melayu.
Fierce storm brewing in Perak DAP?
Menggalas beban ke Putrajaya.
Terlajak cakap, pengundi merajuk, undi hilang, jawatan melayang.
Cakap tak serupa bikin.
Tok Guru oh Tok Guru: Siapa yang kena sepak?
Perihal lawatan ke Amerika Syarikat.
  Image
Image
Image
Image
Image
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com