HOME PROFILES NEWS ARCHIVES VIDEO ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
26/02/2010 - Jangan terlalu mabuk politik kelompok – titah Sultan Azlan Shah
 

Sultan Perak Sultan Azlan Shah mengingatkan umat Islam tidak terlalu mabuk dengan politik kelompok sebaliknya membina hubungan persaudaraan yang kukuh untuk menjadi lebih kuat dan dihormati.

Baginda bimbang, sekiranya umat Islam terlalu taksub dengan pendekatan politik kelompok, masa depan mereka akan tergugat sehingga kehilangan hak bangsa serta agama di tanah air sendiri.

"Umat Islam di negara ini wajib merenung dan bertanya, memeriksa dan menyelidik kekuatan diri sendiri. Sudahkah kita ini berada dalam kedudukan yang boleh menjadi teladan kepada sekalian umat?

"Adakah umat Islam pada hari ini telah kukuh bersatu dalam mempertahankan maruah dan kemuliaan agamanya jika cuba dipersendakan oleh orang lain?

"Dibimbangi jika umat Islam terlalu mabuk dilambung gelombang politik kekelompokan, nasib masa depan umat Islam akan tergugat. Akibatnya akan kehilangan apa yang telah menjadi hak kepada agama dan bangsanya di bumi ini,'' titah Sultan Azlan Shah.

Baginda bertitah demikian sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak di Dataran Perbandaran Taiping.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun; Raja Muda, Raja Dr. Nazrin Shah; Raja Puan Besar, Tuanku Zara Salim; Raja Dihilir, Raja Jaafar Raja Muda Musa serta Raja Puan Muda, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli; Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Mohamah Nor Mansor.
 
Dalam titahnya, baginda turut menekankan betapa penting elemen-elemen disiplin, fokus dan keyakinan diterapkan di kalangan umat.

Mengimbau sejarah, baginda bertitah, peradaban dan tamadun Islam memuncak ketika bilangan umat Islam masih kecil.

Bilangan minoriti itu dapat mengatasi bilangan majoriti titah baginda, kerana umat Islam mengamalkan disiplin yang tinggi, memiliki fokus serta mempunyai keyakinan kuat terhadap Allah S.W.T.

Ini juga kerana jelas baginda, Islam berjaya mencipta kegemilangan kerana umatnya memilih untuk bersatu walaupun mereka mewakili bangsa, budaya serta bahasa yang berbeza daripada pelbagai negara.

aktor penyatuan, menjadi teras serta kunci kekuatan umat agar terus kuat, gagah, digeruni dan dihormati, titah Sultan Perak.

"Bertepatan dengan tema `Memantapkan Ukhuwah Memperkasakan Ummah' beta mengingatkan umat Islam untuk menghayati mesej yang terkandung di sebalik tema ini,'' tegas baginda.


 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Datuk Dr Mah witnesses appointment of new Ipoh city councillors .
Cetusan Minda
Bersatu secara ikhlas
Anwar tak wajar bersikap fanatik di AS
Bagi Najib masa.
DAP split over move to sue two former reps.
Pemuda Umno tidak membelakangkan Agenda Melayu.
Fierce storm brewing in Perak DAP?
Menggalas beban ke Putrajaya.
Terlajak cakap, pengundi merajuk, undi hilang, jawatan melayang.
Cakap tak serupa bikin.
Tok Guru oh Tok Guru: Siapa yang kena sepak?
Perihal lawatan ke Amerika Syarikat.
  Image
Image
Image
Image
Image
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com