HOME PROFILES NEWS ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
25/02/2010 - Pertumbuhan 4.5% bukti kerajaan urus ekonomi dengan baik
 

Pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 4.5 peratus bagi suku keempat tahun  lepas sebenarnya memperlihatkan bahawa segala perancangan dan usaha kerajaan diuruskan dengan baik, kata Menteri Besar Datuk  Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

"Pencapaian itu adalah satu perkembangan yang positif dan menunjukkan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam mengendalikan ekonomi  negara sangat baik dan menyeluruh," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pencapaian ekonomi negara yang mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar  (KDNK) yang positif sebanyak 4.5 peratus dalam suku keempat 2009, disokong oleh permintaan domestik dan luar negara yang lebih kukuh.

Zambry berkata dengan pencapaian itu, rakyat dapat melihat bagaimana pendekatan yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak  yang juga Menteri Kewangan memberi kesan baik dalam usaha membendung kemelesetan ekonomi.

"Beliau memperkenalkan satu struktur ekonomi yang berteraskan kepada daya saing serta impak yang tinggi dalam  semua sektor dan bidang ekonomi," katanya.

Mengenai PPMS, Zambry berkata ia adalah antara usaha kerajaan negeri untuk membasmi kemiskinan di Perak.

PPMS merupakan program yang menempatkan golongan miskin tegar di sesebuah kawasan berdasarkan kesesuaian sebuah tempat dengan  menyediakan rumah tiga bilik yang selesa serta kegiatan ekonomi untuk mereka.

Zambry berkata kerajaan negeri juga akan menilai semula perancangan pembasmian miskin tegar sebelum ini yang mempunyai  beberapa kelemahan supaya semua usaha dapat dilaksanakan melalui pendekatan bersepadu yang lebih efisyen.

 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Zambry hands out immediate assistance to storm victims in Manjung.
Online Links

Image

Datuk Seri Dr Zambry
Abd Kadir

Image
Image
Image
BN Sana Sini
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com