HOME PROFILES NEWS ARCHIVES VIDEO ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
24/02/2010 - Perak harap peruntukan RMK-10 negeri tak ambil kira projek Pusat
 

Perak berharap peruntukan yang bakal diterima menerusi Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) untuk negeri itu tidak akan mengambil kira peruntukan projek pembangunan yang dilaksanakan Kerajaan Pusat.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, langkah itu wajar dipertimbangkan bagi memastikan Perak mampu melaksanakan lebih banyak projek yang berkaitan dengan kepentingan rakyat dan pembangunan negeri.

``Saya akan berusaha memaklumkan kepada pihak Kerajaan Persekutuan supaya rancangan yang kita laksanakan ini akan mengambil kira keperluan pembangunan untuk negeri Perak.

``Maknanya kerajaan negeri mengharapkan bajet dalam RMK-10 negeri Perak tidak mengambil  kira projek-projek persekutuan yang dimasukkan sekali dan dianggap bajet Perak,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan warga perkhidmatan awam daerah di Dewan Merdeka Majlis Perbandaran Manjung, Lumut hari ini.

Terdahulu, Dr Zambry berkata, beliau akan mengetuai delegasi kerajaan negeri untuk membentangkan pelan pembangunan RMK-10 negeri kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Putrajaya esok.

Mengulas lanjut katanya, pelan pembangunan negeri tersebut adalah berasaskan pelan Perak Amanjaya yang juga selaras dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Menurut Menteri Besar, Perak merupakan negeri pertama yang telah mempunyai pelan terperinci untuk pembangunan di bawah RMK-10.

Sementara itu katanya, kerajaan negeri juga telah mengenalpasti beberapa transformasi negeri untuk dilaksanakan dalam masa terdekat.

Antara tranformasi yang akan dilakukan ialah melibatkan aspek-aspek pentadbiran bagi mengurangkan tempoh berkaitan urusan untuk mengatasi masalah dan aduan rakyat.

``Kita akan mewujudkan makmal-makmal dalam konteks mencapai matlamat NKRA. 

``Institut Darul Ridzuan telah mengadakan perbincangan dan pertemuan dengan semua jabatan kerajaan negeri untuk mengenalpasti transformasi dalam bidang-bidang tertentu supaya pelaksanaan tranformasi pentadbiran ini dapat disegerakan,'' katanya.

Kerajaan negeri juga jelas beliau, bersetuju untuk menubuhkan pusat inovasi bagi membantu mengenal pasti aspek-aspek yang mampu meningkatkan pencapaian di bidang-bidang berkaitan.

 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Datuk Dr Mah witnesses appointment of new Ipoh city councillors .
Cetusan Minda
Bersatu secara ikhlas
Anwar tak wajar bersikap fanatik di AS
Bagi Najib masa.
DAP split over move to sue two former reps.
Pemuda Umno tidak membelakangkan Agenda Melayu.
Fierce storm brewing in Perak DAP?
Menggalas beban ke Putrajaya.
Terlajak cakap, pengundi merajuk, undi hilang, jawatan melayang.
Cakap tak serupa bikin.
Tok Guru oh Tok Guru: Siapa yang kena sepak?
Perihal lawatan ke Amerika Syarikat.
  Image
Image
Image
Image
Image
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com