HOME PROFILES NEWS ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
22/02/2010 - Kerajaan kaji peruntukan RM70 bilion untuk RMK-10
 

Kementerian Kerja Raya sedang mengkaji nilai peruntukan sebanyak RM70 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan di seluruh negara.Menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, kajian yang dijalankan bersama Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri itu akan diperhalusi sebelum dikemukakan kepada Kabinet dan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jun depan.

Menurutnya, langkah itu adalah prosedur biasa bagi memastikan hanya projek berpotensi untuk pembangunan rakyat diberi keutamaan."Kementerian sedang mengkaji nilai peruntukan sebanyak RM70 bilion itu."Walaupun nilai projek setiap kerajaan negeri besar, EPU akan memastikan projek yang berpotensi dapat membangunkan ekonomi rakyat akan diberikan keutamaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat projek pembinaan jeti Sungai Pinang di Pulau Pangkor hari ini.Dalam pada itu, Shaziman berkata, projek pembinaan jeti Sungai Pinang, dijangka siap pada November ini.Menurut beliau, pembinaan jeti konkrit tersebut bagi menggantikan jeti ponton sedia ada yang memerlukan kos pengurusan yang tinggi."Saya lihat jeti ini dalam keadaan tidak begitu baik sedangkan ia digunakan oleh penduduk di Pulau Pangkor setiap hari."Saya telah minta Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk melihat reka bentuknya kerana kita kena ambil perhatian mengenai kedudukan air pasang surut dan bentuk feri yang ada di sini supaya kewujudannya mampu memberikan keselesaan kepada orang ramai," katanya.

Sementara itu, Shaziman berkata, kementerian telah menerima peruntukan berjumlah RM34.825 bilion bagi melaksanakan projek pembangunan Persekutuan di bawah RMK-9 sehingga 31 Januari lalu.

Daripada jumlah itu, katanya, JKR telah membelanjakan sejumlah RM33.497 bilion membabitkan 5,841 projek."Sebanyak 3,636 projek telah siap, 1,723 projek dalam pembinaan, 347 projek lagi dalam pra pembinaan manakala 135 projek pula ditangguhkan," katanya.Usaha tersebut, jelas beliau, menunjukkan kementerian telah membelanjakan 96.2 peratus daripada keseluruhan peruntukan tersebut dan segala janji kementerian kepada pelanggan dapat dicapai.

Bagi pakej rangsangan ekonomi pertama, katanya, sebanyak 4,191 projek membabitkan kos berjumlah RM378.86 juta telah siap sepenuhnya pada tahun lalu.Kata beliau, sejumlah RM2.152 bilion telah diperuntukan bagi pelaksanaan 653 projek membabitkan pakej rangsangan ekonomi kedua.Daripada jumlah itu, sebanyak 283 projek telah siap manakala 370 projek lagi akan dilaksanakan pada tahun ini.

 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Zambry hands out immediate assistance to storm victims in Manjung.
Online Links

Image

Datuk Seri Dr Zambry
Abd Kadir

Image
Image
Image
BN Sana Sini
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com