HOME PROFILES NEWS ARCHIVES VIDEO ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
18/10/2008 - KONTRAKTOR DITUDUH TERIMA RASUAH SEKS
 

18/10/2008 - KONTRAKTOR DITUDUH TERIMA RASUAH SEKS

Image

SEORANG kontraktor berumur 30 tahun dituduh di mahkamah Sesyen Ipoh atas tuduhan  menerima rasuah seks sebagai insentif menolong seorang ahli perniagaan mendapatkan projek di Seri Iskandar.

Fairul Azrim Ismail dari Kampung Teluk Bakong, Bota akan dibicarakan secara bersama pada 10 Februari depan bersama dua exco kerajaan negeri dan tiga lelaki lain yang menghadapi 16 tuduhan rasuah pada 25 Ogos.   

Beliau yang minta dibicarakan dituduh menerima rasuah seks daripada seorang perempuan di No 401, Tingkat Empat, Sri Sayang Apartment (Seaview Agency), Jalan Batu Feringghi, di Pulau Pinang pada 8.10 malam 14 Ogos.

Rasuah seks itu dikatakan diatur oleh ahli perniagaan Mohd Imran Abdullah sebagai insentif buat Fairul menolong beliau mendapatkan projek membangunkan tanah seluas 36 hektar di Seri Iskandar.

Semasa membuat permohonan untuk jaminan dikurangkan, peguam Mohd Asri Othman memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya hanyalah orang biasa.

Beliau mengemukakan contoh kes ahli majlis Perak Tengah Zul Hassan, 45, yang ditawarkan jaminan sebanyak RM3,000 dengan satu penjamin atas tuduhan yang sama dua bulan lagi.

Pegawai pendakwaraya BPR How May Ling memohon jaminan sebanyak RM5,000.

Hakim Rashidah Chik menetapkan jaminan pada RM3,000 dengan satu penjamin.

Image

Kes Fairul kemudiannya dipindahkan ke kamar hakim Tan Hooi Leng bagi membolehkan  perbicaraan bersama dijalankan.

Pada 25 Ogos, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan Negeri Jamaluddin Mohd Radzi, 52, dan Pengerusi Jawantkuasa Perlancongan, Pembangunan Insan dan Organisasi Bukan Kerajaan Negeri Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu, 57, telah dituduh bersama ahli majlis Perak Tengah Usaili Alias, 56.

Jamaluddin, yang juga ADUN Behrang telah dituduh menerima rasuah sebanyak RM5,000 daripada Imran, manakala ADUN Changkat Jering Mohd Osman menghadapi tiga tuduhan rasuah termasuk meminta suapan sebanyak RM100,000.

Zul dan juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Ruslan Sahat pula dituduh menerima rasuah seks.

Pada 23 Sept, Fairul dan Zul membuat laporan di Pejabat Agama Negeri mendakwa Imran telah melakukan kesalahan syariah kerana menyogok atau mengalakkan mereka melakukan maksiat.

 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
.
Cetusan Minda
Sandiwara terbaru pembangkang
Menangani dakyah pembangkang
When shown facts, Pakatan reps opted to walk out
Bersatu secara ikhlas
Anwar tak wajar bersikap fanatik di AS
Bagi Najib masa.
DAP split over move to sue two former reps.
Pemuda Umno tidak membelakangkan Agenda Melayu.
Fierce storm brewing in Perak DAP?
Menggalas beban ke Putrajaya.
  Image
Image
Image
Image
Image
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com