HOME PROFILES NEWS ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
16/02/2010 - Perak cadang bina Kolej Tahfiz Al-Quran
 

Kerajaan Negeri bercadang untuk membina Kolej Tahfiz Al-Quran bagi memberi peluang kepada pelajar lepasan Maahad Tahfiz menyambung pelajaran mereka  ke peringkat diploma, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, untuk itu kerajaan negeri akan memohon perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah  sebelum menghantar kertas cadangan kepada Kerajaan Pusat melalui Kementerian Pengajian Tinggi bagi merealisasikan perkara ini.

''Sebagai permulaan kita akan memastikan setiap Maahad Tahfiz beroperasi di setiap daerah..sebagai permulaan sebuah daripadanya telahpun beroperasi di daerah Manjung.

''Kita akan menambah pusat yang sama di setiap daerah dan pelajar yang tamat pengajian disini boleh memilih untuk menyambung pelajaran ke kolej ini kelak,''katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Cek Perkapita Sekolah Agama Rakyat (SAR) Negeri Perak di Ipoh, hari ini.

Dr Zambry berkata, ini merupakan satu agenda yang dibincangkan untuk mempunyai satu sistem pendidikan Islam yang menyeluruh di negeri ini.

Tambahnya lagi, sebagai permulaan sebuah kawasan di kawasan Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) untuk dijadikan tempat sementara untuk kolej ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, kami juga telah mewujudkan sebuah jawatankuas khas yang diketuai bekas Ketua Pengarah, Kementerian Pelajaran Malaysia, Tan Sri Wan Zahir Wan Nordin untuk menaiktaraf Kolej Islam Darul Ridzuan kepada sebuah universiti.

''Kita juga akan memohon supaya kolej dan universiti ini kelak diangkat menjadi Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seperti yang berlaku di negeri-negeri lain,''jelasnya.

Tambahnya, pelbagai jurusan akan diwujudkan disana kelak seperti teknologi maklumat (ICT) dan ekonomi ...ianya tidak akan hanya tertumpu ke bidang agama sahaja.

Sementara itu, sebanyak 543 daripada 666 buah SAR di negeri ini telah menerima peruntukan sebanyak RM9,356,180 iaitu sebagai bantuan pengurusan dan bantuan pembangunan manakala peruntukan kepada SAR selebihnya akan dikreditkan terus ke akaun masing-masing.


 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Zambry hands out immediate assistance to storm victims in Manjung.
Online Links

Image

Datuk Seri Dr Zambry
Abd Kadir

Image
Image
Image
BN Sana Sini
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com