HOME PROFILES NEWS ARCHIVES FEEDBACK CONTACT US SITEMAP
15/02/2010 - ADUN keluar parti berhak buat keputusan sendiri
 

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen yang mengisytiharkan keluar daripada parti masing-masing berhak membuat keputusan sendiri mengenai kedudukan mereka.
 
Oleh itu, beliau menegaskan, cadangan pemimpin pembangkang supaya  Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru adalah tidak berasas.


Katanya, pembangkang hanya akan membuat cadangan yang dilihat memberikan keuntungan kepada mereka sahaja.


"Jika ini berlaku kepada Barisan Nasional (BN) dan tidak kena pada mereka (pembangkang) serta menguntungkan mereka, mereka akan meminta ADUN atau Ahli Parlimen terlibat melepaskan jawatan.

''Tetapi kenapa pula semasa pakatan pembangkang mengambil seorang wakil rakyat BN di Perak dulu, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pernah berkata wakil rakyat itu tidak perlu meletakkan jawatan,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Jamuan Mesra sempena perayaan Tahun Baru Cina anjuran Dewan Perniagaan Cina Perak di Ipoh.


Zambry mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan
tindakan  Zahrain keluar parti sebagai mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat di kawasannya.

Justeru, beliau menyarankan Ahli Parlimen itu melepaskan jawatannya bagi memberi laluan kepada pengundi untuk memilih wakil rakyat baru mereka.

Sambil menyifatkan apa yang dikatakan Nik Abdul Aziz adalah cara Menteri Besar Kelantan itu, Zambry menegaskan, sesiapa yang keluar parti dan menyokong parti lain tidak perlu meletakkan jawatan.

"Kalau apa yang berlaku menguntungkan dia, tak apa tetapi kalau merugikan dia terus hukum halal dan haram serta suruh letak jawatan,'' katanya.


 
<< Back to News
Malaysia's Latest
.
 
Zambry hands out immediate assistance to storm victims in Manjung.
Online Links

Image

Datuk Seri Dr Zambry
Abd Kadir

Image
Image
Image
BN Sana Sini
 
 

QUICKLINK

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.
email: perakbn@yahoo.com